Jika kita mencari seseorang yang sempurna dalam semua aspek..barangkali kita mungkin akan menemui jalan buntu..hakikatnya, itulah fitrah manusia yang perlu kita terima..yang perlu kita terima kenyataan itu..setiap manusia itu mempunyai kelemahan sendiri..mungkin kita mempunyai kelebihan dalam bidang A tapi tidak pada bidang B..dan begitulah sebaliknya...setiap orang saling melengkapi antara satu sama lain dalam membentuk satu keluarga, masyarakat dan seterusnya sebuah negara yang harmoni..
Mungkin diantara kita yang sudah memikirkan calon-calon yang sesuai untuk menjadi teman hidup sampai ke akhir hayat..namun apa yang menjadi masalah apabila tidak semua kriteria atau ciri-ciri yang diinginkan ada pada calon-calon tersebut, mungkin hanya suku atau separuh sahaja yang ada pada dia.
adakah mimilih calon lain menjadi jawapanya??huhu
Apa yang terfikir sebentar tadi ialah, mencari yang sempurna itu adalah mustahil..namun apa yang perlu dicari itu ialah ASAS yang telah sedia ada dalam diri seseorang itu/calon kearah menjadi seorang yang sempurna..jika seseorang itu sudah mempunyai asas yang cukup seperti sopan santun, baik tingkah laku, tinggi ilmu agamanya..mungkin boleh dikatakan dia sudah mempunyai asas-asas yang perlu ada pada setiap manusia..Asas-asas ini sudah cukup untuk membentuk dirinya kepada yang lebih baik..seperti contoh..jika seseorang wanita itu tinggi ilmu agamanya..sudah tentu dia akn tahu akan tanggunjawabnya kepada si suami..sudah tidak perlu si suami memberi arahan untuk belajar memasak..begitulah, mungkin ada contoh yang lebih baik yang anda semua tahu..
konklusinya, sementara masih ada masa ini, pilihlah pasangan anda dengan sebaik-baiknya berdasarkan asas-asas yang perlu ada pada setiap manusia sama ada lelaki mahupun perempuan.
Selamat malam Malaysia
11.15pm