OX PRODUCTION

Sunday, December 18, 2011

Itulah Kita

Dalam mencari erti hidup sebenar, pelbagai perkara harus ditempuhi. Ianya tidak semudah seperti yang diungkapkan, banyak yang perlu dipelajari. Kebanyakan dari kita berubah berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui, tidak kurang juga perubahan yang dilakukan kerana kesilapan yang pernah dibuat. Hidup itu cukup indah jika kita tahu carany, cara yang diredhainya. Cara hidup setiap orang mungkin berlainan, tapi matlamat setiap dari mereka adalah sama. Untuk mengungkapkannya dengan kata-kata adalah sesuatu yang senang, akan tetapi kebanyakan dari kita mempunyai perbuatan yang tidak sama dengan apa yang diungkapkan. Itulah manusia yang serba kekurangan, yang datang mencari Pencipta bila susah melanda dan melupakanNya ketika senang dinikmati. AgungNya Dia yang menerima setiap taubat hambanya yang inginkan perubahan, namun masyarakat sekeliling belum tentu lagi menerima taubatnya, dan sekali lagi itulah manusia yang menghukum golonganNya sendiri lebih dari PemilikNya.. Moga kita sentiasa dalam lindunganNya.. Jagalah diri ini selalu. Sentiasa ingat kepada kesedihan, ia yang mengajar tentang mengenal siapa diri kita yang sebenar dan supaya kita tidak lalai.

Salam subuh:
7:10am

No comments: