Semalam buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke stadium, seumur hidup ni kali pertama aku menonton perlawanan bola sepak secara live..perlawanan antara Cska Moscow dan Real Madrid. orang duk sibuk cakap Real main hebat..ada CR la..so kita beli la satu tiket pergi tengok.
Terima kasih kepada Hasnol Hafiz yang beratur hampir 500m ditambah lagi dengan kesejukan untuk membeli tiket. Masa tu aku masih berada di Malaysia
Betul la apa yang orang cakap, tengok kat stadium sangat berbeza berbanding tengok di tv..tambah lain lagi dengan keadaan suhu pada waktu malam yang mencecah hampir -8 degree..agak sejuk untuk berdiri selama satu jam lebih...apa pon perlawanan yang amat hebat dengan keputusan seri dimana Cska Moscow berjaya menjaringkan gol pada masa minit tambahan...satu pengalaman baru bagi orang jakun xpernah tengok bola..hahaha
Duk molek sume,
6:13pm
No comments:
Post a Comment