OX PRODUCTION
Monday, November 26, 2012
Hasrat
Alhamdulillah, antara yang menjadi salah satu hasrat dihati untuk memilik website sendiri telah tercapai...
insyaAllah kalau ada masa terluang tengok2 la laman yang tidak seberapa ini. Sebarang komen, cadangan atau penambah baikan adalah amat2 berbesar hati...:D
link - www.fidaoh.wix.com/oxpicture
Bersahaja
Dan bila tiba masanya kamu akan diuji dengan apa yang kamu lalui dulu.. Mungkin juga dari apa yang kamu lihat. Mereka hidup dalam penuh keterpaksaan dan ada juga mereka menerimanya dalam keadaan tidak sedar. Masa itu diberikan setiap daripada kamu, supaya mereka dapat melalui kembali apa yang berlaku... Mungkin ianya akan menjadi satu jawapan yang mengembirakan.. Mungkin jga tidak. Hanya menunggu dengan penuh penantian, menanti khabar yang tidak kunjung tiba.. Hingga tiba masanya semuanya hilang begitu sahaja..dan jaganlah kamu lupa pada yang Satu.. Yang terus ada menanti doa pohonan dari hambanya yang lemah itu.
Friday, November 23, 2012
Prasangka
Dan prasangka itu akan terus menghantui jiwa2 yang tidak tenang itu. Persoalan dihujani.. Keburukan dirasai...hingga memakan diri sendiri.. Hitam hati itu basuhnya tidak tercuci..kerasnya ia hingga berlian menyerah diri... Dan syaitan itu akan terus menghasut sehingga anak adam ini tertunduk dengan kesilapan sendiri...durjananya kamu.. Hingga ke sini kamu mengejari...sungguh yang tinggal ini adalah jiwa2 yang masih sayangkan agamanya yang masih memikirkan tentang generasinya.. dan kamu si pembaca itu adalah salah seorang daripadanya..
Wednesday, November 7, 2012
Harapan
Dan yang dikatakan kesempurnaan itu walaupun pada perkara kecil, ia mampu mengubah sesuatu keadaan menjadi terus sempurna hingga ke akhirnya...manusia itu hidup dalam penuh harapan...pada setiap harinya, mereka terus berharap agar hidupnya lebih baik dari sebeblumnya..harapan itu mungkin tidak seberapa, tapi ia mungkin sudah cukup untuk memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup pada hari yang mendatang..dan ketahuilah yang kamu adalah orang yang beruntung..yang hidup dengan penuh kesenangan..dengan penuh nikmat..dan bersyukurlah pada Dia yang telah mengurniakanya...sungguh kamu akan ketahui yang hidup kamu itu sangatlah bermakna...kasih dan sayang itu sentiasa ada..hargai setiap apa yang ada disekelilingmu..hingga ke akhirnya.
Kasih semuanya,
1.10am
Subscribe to:
Posts (Atom)