OX PRODUCTION

Saturday, December 1, 2012

Semakin Jelas Kelihatan



Manusia itu sangat jelas dengan cara percakapannya, perbuatannya, pakainnya..banyak yang boleh digambarkan melalui 3 perkara ini. Daripada mula salamnya hingga akhir salamnya..kamu dapat lihat bagaimana kehidupan mereka, bagaiman hubungan mereka dengan orang sekeliling dan alam sekelilingnya...percaya atau tidak kamu boleh melihat bagaimana keadaan bilik tidurnya melalui perbuatan harianya bersama kawan2..mungkin ia tidak masuk akal, tapi hakikatnya begitulah bagimana kehidupan harian kamu mencerminkan perwatakanmu itu.

Dan janganlah kamu salahkan diri mereka itu, dek kerana sikapnya itu. telah diceritakan dulu yang setiap mereka itu berbeza daya upaya fikiranya...jangan memaksa mereka dengan apa yang mereka tidak ketahui dan fahami. Terangkanlah pada mereka dengan cara yang  baik..insyaAllah pengakhiranya akan baik2 semuanya.

Manusia itu tidak suka kepada paksaan, jangan kamu memaksa untuk mereka berubah atau menyukai sesuatu, kerna memaksa itu sentiasa mengundang masalah lain. bersabarlah kamu dalam menghadapi setiap ujian hidup itu. sungguh itu adalah penceria hidup anda yang anda tidak akan lupa suaut hari nanti, yang terus menjadikan kamu seorang yang matang dan lebih baik dari sebelumnya.

Kurangkanlah kamu bercakap, banyakkanlah kamu memerhati..memerhati orang di sekeliling kamu dan alam disekeliligmu ini..belajarlah kamu dari apa yang pernah mereka lalui itu. Dan kamu akan rasai nikmat itu yang sangat jarang ada pada seseorang.^^


Pemerhati,
2.38am



No comments: