OX PRODUCTION

Thursday, December 12, 2013

Berbeza

Terasa diri ini sudah berbeda, teringt akan perjalanan hidupku 3-4 tahun dulu..mana perginya semngat itu, dulu akulah didepan, akulah yang bersaing, tapi kini terasa sikit demi sedikit telah hilang, terasa diri ini jauh ketinggalan, ditingalkan oleh orang lain, jauh mereka kedepan. Ada yang berpendapat, perlu untuk berasa jatuh supaya dapat menilai kembali diri kita, tapi aku rasakan sudah terlalu lama akau jatuh dan masih berusaha untuk kembali bagun berdiri...tapi...Adakah aku masih dalam mimpi, adakah aku masih berangan-angan dengan mimpi palsu. Aku cuba bermuhasabah diri mencari apa yang dicari- cari itu, dan aku masih mencari akan jwapan itu. Apa yang kurang? Dan apa yang lebih? Setiap hari aku mencuba untuk memberi senyuman itu, dengan harapan senyuman itu dapat menjadi semangat aku, tapi sayang ia tidak kekal lama, semangat itu merudum kembali..dan hari terus berlalu dengan persoalan yang masih tidak terjawab....
Bila terasa diri ini jatuh, baru aku sedar yang manusia ini adalah lemah sekali terutamanya aku, mungkin dulu penuh dengan sifat sombong, angkuh, meninggi diri, dengki
Mungkin ini adalah teguran Allah untuk diri aku...

Ya Allah rahmatilah dan berikanlah hidayah kepada kami, lapangkanlah dada kami tenangkanlah hati kami, jauhilahkami dari perkara yang tidak diingini, hanya kepadaMu kami bermohon, sesungguhnya kami hamba yang lemah lagi hina.. Aminn


Adaptasi dari kisah benar seorang pemuda biasa

Tuesday, June 4, 2013

Kurang lebih=sama

Hari-hari itu seakan sama seperti dulu...kadang-kadang mereka itu mencari dimana bezanya...dan tahun demi tahun ia terus berlalu..mengharapkan satu kelainan..yang mengisi hati untuk terus menjalani sisa hidup di dunia ini...dimana kurangnya...mereka sentiasa mencari...hidup itu penuh dengan impian..penuh dengan cita2..yang tidak semua impian itu menjadi kenyataan...sedih seketika mengenangkan nasib diri mereka..dan apabila menyedari bahawa itu adalah satu hakikat hidup..mereka datang pulang kepada si Pencipta...mengharapkan satu belas kasihan...supaya nasib diri ini terbela...dan itulah manusia yang hidup ini...

Malam hari,
12.54am

Monday, February 11, 2013

Daunan itu seakan-akan telah menyerah kalah kepada isi alam itu..kedinginan itu mematikan mereka...namun manusia itu terus gagah menyusuri hari-harinya...ada yang tersungkur..namun mereka bangun terus meniti ..walaupun mereka tahu yang mereka akan tersungkur lagi...itulah kehidupan..
sampai bila...hanya Allah yang tahu^^

otw Surgery:
10:33am

Wednesday, January 16, 2013

Ku Akui


Alhamdulillah, di saat ni masih dikurniakan nikmat yang mungkin tidak ada pada orang lain. Permulaan tahun 2013 dimulakan seperti biasa..tiada apa yang istimewa...seperti tahun2 sebelumnya juga..yang berbeza hanya pada nombornya...tapi hakikatnya diri ini masih milik Allah..masih hamba Allah yang disini untuk mengambdikan diri padaNya..dan tidak pernah ada penyesalan dalam itu. Nikmat yang datang itu seringkali datang melalaikan kita..tanpa sedar sedikit sebanyak membuat kita tergelincir dek kerana ais yang menebal di permukaan jalan itu..namun rasa syukur itu tetap tersemat dihati..doa itu terus dipanjatkan..agar urusan hidup ini dipermudahkan...insyaAllah sedikit kegembiraan itu dapat dirasai selepas berakhirnya final exam topan..dapat meluangkan masa sekali lagi..untuk pulang ke tanah air..menjenguk orang kampung..yang sudah lama tidak bertanyakan khabar...yang sentiasa mendoakan si perantau disini. semoga dipermudahkan urusanku..


BatmanG
2.32am