OX PRODUCTION

Wednesday, December 21, 2011

Sampai bila?

Hari ni dan beberapa hari berikutnya, diramalkan akan berlaku ribut salji di moscow dan kawasan sewaktu dengannya. Tahun ni lambat sikit salji turun..mungkin die simpan dlu kot..tnggu bagi keluar semua skaligus.. Huhu..

Kadang2 dengan melihat keadaan sekeliling, baru aku sedar tentang diri ini. Melihat salji memutih di atas jalan pada pukul 4 pg.. Dikala semua orang lena dibuai mimpi..bru aku sedar ini bukanlah tempat asalku..hakikatnya aku hanyalah seorang perantau..yang datang mencari ilmu.. Yang tempatnya sungguh berlainan dari tempat asalnya.. Tiada yang istimewa tentang diri ini..yang ada kala masih mencari identiti diri..

Kadang2 kita perlu mungubah sesuatu untuk mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling..tetapi mereka yang bijak ialah mereka dapat menadaptsi diri, dan mereka masih berpegang dengan apa yang mereka yakini..mereka menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekeliling dan dengan apa yang ada telah diajar oleh agama mereka.. Namun bukan semua dapat menyesuaikan diri seperti begini..ada sesetengah hanya berjaya mengambil yang satu itu sahaja..yang satu lagi dibiarkan.. Dan mereka terus dengan yang satu itu.. Semoga kita jauh dari semua itu.. Semoga kawan2 yang "kelihatan ingin jatuh dek kerana jalan yang diliputi ais yang licin dapat diselamatkan dari terus jatuh tersungkur" peringatan untuk diri ini juga yang lemah..

Salam kesejukan dari moscow
4:15am

No comments: