Alhamdulillah, di saat ni masih dikurniakan nikmat yang mungkin tidak ada pada orang lain. Permulaan tahun 2013 dimulakan seperti biasa..tiada apa yang istimewa...seperti tahun2 sebelumnya juga..yang berbeza hanya pada nombornya...tapi hakikatnya diri ini masih milik Allah..masih hamba Allah yang disini untuk mengambdikan diri padaNya..dan tidak pernah ada penyesalan dalam itu. Nikmat yang datang itu seringkali datang melalaikan kita..tanpa sedar sedikit sebanyak membuat kita tergelincir dek kerana ais yang menebal di permukaan jalan itu..namun rasa syukur itu tetap tersemat dihati..doa itu terus dipanjatkan..agar urusan hidup ini dipermudahkan...insyaAllah sedikit kegembiraan itu dapat dirasai selepas berakhirnya final exam topan..dapat meluangkan masa sekali lagi..untuk pulang ke tanah air..menjenguk orang kampung..yang sudah lama tidak bertanyakan khabar...yang sentiasa mendoakan si perantau disini. semoga dipermudahkan urusanku..
2.32am