OX PRODUCTION

Wednesday, June 24, 2015

Aku yang dulu



Sesekali kenangan dulu datang menyapa diri ini, ya Allah betapa aku merindui diri aku yang dahulu..penuh dengan semangat dan kekuatan..yang tiada tandinganya pada orang lain. Pahit perih getir manis tawa dan suke seolah olah telah sebati dalam diri ini, tidak pernah terfikir yang diri aku akan melalui semua ini...cukup hebat..hanya orang yang kuat sahaja yang dapat menghadapinya. 

KEMANA KAMU?
DIMANA KAMU?
MAHU DIBAWA KE MANA?

Dan kamu sesekali tidak akan dapat merasai bagaimana ia sehingga kamu sendiri yang mengalaminya :)
hidup ini penuh dengan dugaan, ada masanya kita jatuh lalu tersungkur, namun kita bangun kembali..mencari yang hakiki.

bukan mudah, perlukan kesabaran, kefahaman. Rasa SYUKUR perlu ada sentiasa, baru hidup ini akan lebih BERMAKNA :)

SALAM RAMADHAN
Moscow | 6:07pm


Thursday, December 12, 2013

Berbeza

Terasa diri ini sudah berbeda, teringt akan perjalanan hidupku 3-4 tahun dulu..mana perginya semngat itu, dulu akulah didepan, akulah yang bersaing, tapi kini terasa sikit demi sedikit telah hilang, terasa diri ini jauh ketinggalan, ditingalkan oleh orang lain, jauh mereka kedepan. Ada yang berpendapat, perlu untuk berasa jatuh supaya dapat menilai kembali diri kita, tapi aku rasakan sudah terlalu lama akau jatuh dan masih berusaha untuk kembali bagun berdiri...tapi...Adakah aku masih dalam mimpi, adakah aku masih berangan-angan dengan mimpi palsu. Aku cuba bermuhasabah diri mencari apa yang dicari- cari itu, dan aku masih mencari akan jwapan itu. Apa yang kurang? Dan apa yang lebih? Setiap hari aku mencuba untuk memberi senyuman itu, dengan harapan senyuman itu dapat menjadi semangat aku, tapi sayang ia tidak kekal lama, semangat itu merudum kembali..dan hari terus berlalu dengan persoalan yang masih tidak terjawab....
Bila terasa diri ini jatuh, baru aku sedar yang manusia ini adalah lemah sekali terutamanya aku, mungkin dulu penuh dengan sifat sombong, angkuh, meninggi diri, dengki
Mungkin ini adalah teguran Allah untuk diri aku...

Ya Allah rahmatilah dan berikanlah hidayah kepada kami, lapangkanlah dada kami tenangkanlah hati kami, jauhilahkami dari perkara yang tidak diingini, hanya kepadaMu kami bermohon, sesungguhnya kami hamba yang lemah lagi hina.. Aminn


Adaptasi dari kisah benar seorang pemuda biasa

Tuesday, June 4, 2013

Kurang lebih=sama

Hari-hari itu seakan sama seperti dulu...kadang-kadang mereka itu mencari dimana bezanya...dan tahun demi tahun ia terus berlalu..mengharapkan satu kelainan..yang mengisi hati untuk terus menjalani sisa hidup di dunia ini...dimana kurangnya...mereka sentiasa mencari...hidup itu penuh dengan impian..penuh dengan cita2..yang tidak semua impian itu menjadi kenyataan...sedih seketika mengenangkan nasib diri mereka..dan apabila menyedari bahawa itu adalah satu hakikat hidup..mereka datang pulang kepada si Pencipta...mengharapkan satu belas kasihan...supaya nasib diri ini terbela...dan itulah manusia yang hidup ini...

Malam hari,
12.54am

Monday, February 11, 2013

Daunan itu seakan-akan telah menyerah kalah kepada isi alam itu..kedinginan itu mematikan mereka...namun manusia itu terus gagah menyusuri hari-harinya...ada yang tersungkur..namun mereka bangun terus meniti ..walaupun mereka tahu yang mereka akan tersungkur lagi...itulah kehidupan..
sampai bila...hanya Allah yang tahu^^

otw Surgery:
10:33am

Wednesday, January 16, 2013

Ku Akui


Alhamdulillah, di saat ni masih dikurniakan nikmat yang mungkin tidak ada pada orang lain. Permulaan tahun 2013 dimulakan seperti biasa..tiada apa yang istimewa...seperti tahun2 sebelumnya juga..yang berbeza hanya pada nombornya...tapi hakikatnya diri ini masih milik Allah..masih hamba Allah yang disini untuk mengambdikan diri padaNya..dan tidak pernah ada penyesalan dalam itu. Nikmat yang datang itu seringkali datang melalaikan kita..tanpa sedar sedikit sebanyak membuat kita tergelincir dek kerana ais yang menebal di permukaan jalan itu..namun rasa syukur itu tetap tersemat dihati..doa itu terus dipanjatkan..agar urusan hidup ini dipermudahkan...insyaAllah sedikit kegembiraan itu dapat dirasai selepas berakhirnya final exam topan..dapat meluangkan masa sekali lagi..untuk pulang ke tanah air..menjenguk orang kampung..yang sudah lama tidak bertanyakan khabar...yang sentiasa mendoakan si perantau disini. semoga dipermudahkan urusanku..


BatmanG
2.32am

Friday, December 7, 2012

Rahsia Kehidupan

photo by: A.Y

Alhamdulillah, pagi ini 4.23am aku masih bernafas..bernafas dalam redhaMu..bernafas dalam cintaMu..telah lama ku disini...mengejar cita-citaku..mengejar impianku...kehidupan disini penuh dengan harapan. tapi harapan dan kejayaan itu seakan-akan tidak lengkap jika tanpa redhaMu..tanpa kasih sayangMu...telah banyak yang ku lalui...telah banyak yang kurasai...salji yang memutih itu yang telah menjadi saksi...yang terus memberi harapan... yang terus memberi semangat...untuk aku meneruskan kehidupan disini...sungguh sempurna ciptaanMu itu...Kau jadikan semuanya sentiasa berhubung...Keluarga..sahabat..kasih...sayang...cinta...menjadi rahsia kehidupan...Kau jadikan mereka pelengkap sesama sendiri..Selamanya cinta itu...menyambut dengan penuh rasa syukur...
dan cinta itu tidak pernah salah dalam memilih...

Jangan sesekali kamu abaikan tentang lima ini..barangkali lima inilah yang menjadi rahsia kehidupan..rahsia yang dapat mendekatkan diri kamu kepadaNya...dan jangan hilangkan kisah silam itu...sungguh ia akan menjadi pengubat hati...pengubat hati yang ingin mencari kebenaran...belajarlah dari kesilapan itu...dan kamu akan rasai keindahan itu...jadilah yang istimewa padaNya, [ada diri sendri dan pada mereka semua...dan kamu akan ketahui yang hidup itu penuh dengan nikmat...
semoga esok hari dan seterusnya sentiasa baik-baik sahaja...dan kita hidup dalam redhanya..

Kasih selamanya
4.45am

Saturday, December 1, 2012

Semakin Jelas Kelihatan



Manusia itu sangat jelas dengan cara percakapannya, perbuatannya, pakainnya..banyak yang boleh digambarkan melalui 3 perkara ini. Daripada mula salamnya hingga akhir salamnya..kamu dapat lihat bagaimana kehidupan mereka, bagaiman hubungan mereka dengan orang sekeliling dan alam sekelilingnya...percaya atau tidak kamu boleh melihat bagaimana keadaan bilik tidurnya melalui perbuatan harianya bersama kawan2..mungkin ia tidak masuk akal, tapi hakikatnya begitulah bagimana kehidupan harian kamu mencerminkan perwatakanmu itu.

Dan janganlah kamu salahkan diri mereka itu, dek kerana sikapnya itu. telah diceritakan dulu yang setiap mereka itu berbeza daya upaya fikiranya...jangan memaksa mereka dengan apa yang mereka tidak ketahui dan fahami. Terangkanlah pada mereka dengan cara yang  baik..insyaAllah pengakhiranya akan baik2 semuanya.

Manusia itu tidak suka kepada paksaan, jangan kamu memaksa untuk mereka berubah atau menyukai sesuatu, kerna memaksa itu sentiasa mengundang masalah lain. bersabarlah kamu dalam menghadapi setiap ujian hidup itu. sungguh itu adalah penceria hidup anda yang anda tidak akan lupa suaut hari nanti, yang terus menjadikan kamu seorang yang matang dan lebih baik dari sebelumnya.

Kurangkanlah kamu bercakap, banyakkanlah kamu memerhati..memerhati orang di sekeliling kamu dan alam disekeliligmu ini..belajarlah kamu dari apa yang pernah mereka lalui itu. Dan kamu akan rasai nikmat itu yang sangat jarang ada pada seseorang.^^


Pemerhati,
2.38am



Monday, November 26, 2012

Hasrat


Alhamdulillah, antara yang menjadi salah satu hasrat dihati untuk memilik website sendiri telah tercapai...
insyaAllah kalau ada masa terluang tengok2 la laman yang tidak seberapa ini. Sebarang komen, cadangan atau penambah baikan adalah amat2 berbesar hati...:D

link - www.fidaoh.wix.com/oxpicture

Bersahaja

Dan bila tiba masanya kamu akan diuji dengan apa yang kamu lalui dulu.. Mungkin juga dari apa yang kamu lihat. Mereka hidup dalam penuh keterpaksaan dan ada juga mereka menerimanya dalam keadaan tidak sedar. Masa itu diberikan setiap daripada kamu, supaya mereka dapat melalui kembali apa yang berlaku... Mungkin ianya akan menjadi satu jawapan yang mengembirakan.. Mungkin jga tidak. Hanya menunggu dengan penuh penantian, menanti khabar yang tidak kunjung tiba.. Hingga tiba masanya semuanya hilang begitu sahaja..dan jaganlah kamu lupa pada yang Satu.. Yang terus ada menanti doa pohonan dari hambanya yang lemah itu.

Friday, November 23, 2012

Prasangka

Dan prasangka itu akan terus menghantui jiwa2 yang tidak tenang itu. Persoalan dihujani.. Keburukan dirasai...hingga memakan diri sendiri.. Hitam hati itu basuhnya tidak tercuci..kerasnya ia hingga berlian menyerah diri... Dan syaitan itu akan terus menghasut sehingga anak adam ini tertunduk dengan kesilapan sendiri...durjananya kamu.. Hingga ke sini kamu mengejari...sungguh yang tinggal ini adalah jiwa2 yang masih sayangkan agamanya yang masih memikirkan tentang generasinya.. dan kamu si pembaca itu adalah salah seorang daripadanya..

Wednesday, November 7, 2012

Harapan


Dan yang dikatakan kesempurnaan itu walaupun pada perkara kecil, ia mampu mengubah sesuatu keadaan menjadi terus sempurna hingga ke akhirnya...manusia itu hidup dalam penuh harapan...pada setiap harinya, mereka terus berharap agar hidupnya lebih baik dari sebeblumnya..harapan itu mungkin tidak seberapa, tapi ia mungkin sudah cukup untuk memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup pada hari yang mendatang..dan ketahuilah yang kamu adalah orang yang beruntung..yang hidup dengan penuh kesenangan..dengan penuh nikmat..dan bersyukurlah pada Dia yang telah mengurniakanya...sungguh kamu akan ketahui yang hidup kamu itu sangatlah bermakna...kasih dan sayang itu sentiasa ada..hargai setiap apa yang ada disekelilingmu..hingga ke akhirnya.

Kasih semuanya,
1.10am


Friday, October 12, 2012

Kala

Alhamdulillah, sedikit apa yang ada itu masih memberikan peluang untuk mereka berada disini. menikmati keindahan alam dengan penuh rasa dihati. nikmat sihat itu dihargai, dan masa lapang itu dipenuhi menjadikan mereka penuh ceria..penuh gembira dalam menghadapi esok hari...dan hari yang mendatang. masa itu mengajar mereka untuk terus berdiri..belajar merasai apa itu pahit dan apa itu manis..jiwa itu tidak pernah penuh..sentiasa ingin mencari cahaya..asalkan ianya satu kebaikan..yang membawa kelebihan kepada diri..itu yang akan dicari...tenang dan sabar...esok hari pasti akan datang kembali membawa berita seisi hati

Kala terjaga;
10:50pm

Wednesday, September 26, 2012

Mencintaimu




Cinta adalah anugerah
Mereka yang tidak  menyukai cinta menyebutnya satu tanggungjawab
Mereka yang hanya bermain dengan cinta menganggapnya sebuah permainan
Manakala mereka yang tidak pernah menikmatinya menyebut cinta itu satu impian
Dan mereka yg benar-benar mencintai akhirnya tidak kesampaian menyebutnya sebagai takdir

@>--------
1:44am


Friday, September 21, 2012

Tika Ditemani

Keadaan itu tidak sama lagi... Masa- masa lalu semakin kabur dalam ingatan...mereka pernah kesini, tapi kali ini mereka datang cukup berbeza... Ia berlalu.. Tahun demi tahun.. Seakan- akan perkara yang sama juga berlaku kepada yang lain.. Mereka diperhatikan dan tidak kurang juga diri sendiri yang memerhati.. Buruk itu menjadi keutamaan... Yang baik itu lemas dalam timbunan...hati itu dipalsukan dengan kepura- puraan... Hilang seri diwajah.. Yang ada hanya kepuasan...datang ia membawa cerita menjadi ikutan...penunjuk jalan..sayangnya mereka takut kita tersesat jalan..:)

Seterusnya,
2:00am

Tuesday, September 18, 2012

Hingga Hari Ini



Cinta itu semangat.. Semangat untuk mereka terus hidup...
Yang gundah itu bertukar ceria.. Yang hitam itu menjadi putih

Dan cinta itu seakan- akan malapetaka bagi mereka yang mengsia-siakanya, tidak pandai membentuk.. Tidak   pula menghargai


Dan apabila kamu mencintai seseorang... Kamu juga perlu bersedia untuk menangis kerananya apabila sampai masanya. Dan agama itu akan mengembalikan kamu kepada yang Satu, hilanglah resah, hilanglah gundah.. Sampai satu tika
dirasakan seakan-akan tidak bernyawa, menutup mata..mengharapkan hari esok lebih baik...jangan sesakali disakiti hingga sampai masa tiada lagi berputar kembali.
sehingga ke hari ini, kamu masih hidup dengan sezarah semangat itu, hari demi hari cuba menjadikan ia seperti bola, dengan sedaya apa yang ada..dan kamu tahu itu adalah hidup, yang membuatkan kamu sehingga ke hari ini dan sampai ke akhirnya...

Bagi mereka,
8.57pm





Tuesday, September 11, 2012

Terlalu




Terlalu banyak yang dirahsiakan, terlalu banyak yang ingin diceritakan…mereka buntu dalam mencari kebenaran..ada yang begitu..ada pula yang begini..semangat mereka hilang dalam timbunan kekeliruan ini…sekelilingnya seakan-akan hilang dari pandangannya..tidak dipedulikan..tidak diendahkan..namun teruskan apa yang ada…bersama-sama yang lain..dengan harapan dapat bersama hingga ke akhir…

Sabar tidak diceritakan..sedih tidak pula..masakan pula ketika gembira..tiada keperluan yang dirasai..selamanya disitu..menemani rasa pahit itu, dan selalu ada bila perlu..

Ruangan itu menjadi perbualan mereka..takkala mereka bangun takkala mereka tidur...dan ruangan itu terus menjadi persoalan hingga ke hari ini..dimana hilangnya tutur kata itu..dimana hilangnya tingkah laku itu…sungguh kelainan itu dapat dirasai…dan mendiamkan diri itu pilihan mereka…

Mereka selalu ada menemani..tika sedih..tika gembira..namun mereka kaku untuk dihargai..mereka tahu...hingga keletihan itu dirasai…menanti esok hari..

Menemani,
6.59pm

Thursday, September 6, 2012

Seketika





Niat mereka.. Ingin menjaga hati.. Tidak mahu Menyakiti... Mereka terhenti seketika... Mereka berfikir sejenak tentang dimana mereka berada sekarang.. Apakah yang mereka sedang lakukan pada masa itu... Mereka tertanya-tanya, adakah perbuatan mereka ini betul.. Ya Allah mereka berdoa agar mereka dikuatkan iman semoga mereka tidak terjebak dengan perkara yang tidak diingini.. Sungguh mereka masih mencari apa itu erti kebenaran.. Yang mana hak dan yang mana batil..hina sunggguh diri ini.. Selalu lalai dengan nikmatmu ya Allah.. Mereka hanya memasang niat padahal perbuatan mereka sangat lemah.. Tidak terdaya...akal dan minda tidak tergerak melihat manusia tidak bermaya.. Mereka terlena seketika..menanti hari esok trus berlalu..
Allah menguji hambanya dengan cara yang paling unik apabila menjadikan kekurangan otu juga satu anugerah
Alhamdulillah.. Selesai sudah satu penghijrahan aku ke kota kuala lumpur... Sekali lagi aku berpeluang untuk melihat sendiri keadaan agamaku.. Bagaimana keadaanya sekarang... Jujur dan aku tidak dapat menipu.. Ia terus bernanah.. Memburuk dalam gelap gulita.

Moscow
7.43pm

Tuesday, July 3, 2012

Oh Tanah Airku

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan aku hingga ke hari ini...terasa sangat tenang bila dapat pulang ke kampung halaman..berjumpa dengan keluarga setelah hampir 6 bulan bergeluman dengan buku dan exam...sungguh ia benar2 menguji kekuatan dan kesabaran..tidak dapat digambarkan betapa dasyat ujian itu..dan ini baru sahaja ujian dunia..belum lagi ujian akhirat...insyaAllah kepulangan kali ini akan memberi kelainan...xtvt dipenuhi dengan pelbagai perkara...cdaganya ingin menjelajah ke seluruh malaysia ingin berjumpa dengan kenalan yang sudah laa berpisah...hingga jumpa lagi akan datang...

salam tanah airku,
7.30am

Monday, June 4, 2012

Lama/Sekejap

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini..syukur kerana nikmat sihat dan masa lapang itu masih diberikan..beruntunglah bagi mereka yang pandai mengunakan nikmat itu dengan sebaiknya...hanya ringkasan..insyaAllah aku akan menduduki final exam..kali ni ade 5 papers...mungkin ini adlah ujian aku yang paling besar setakat ini dalam banyk2 exam..moga2 Allah permudahkan urusan peperiksaanku disini..diberikan lapang dada dan minda..mudah mengingati dan mudah memahami..amin..
dan selepas itu insyaAllah akan pulang ke tempat asal pada 30/6/2012...bl8 rye kte thun ni...huhu


salam ceria,
1.45pm

Sunday, May 13, 2012

Anas Naufal
Masjid Quba, Arab Saudi

Apakah yang mereka tercari-cari itu..dapat dilihat dari wajahnya..dari percakapannya..dari perbuatannya..mereka sedang mengharapkan sesuatu..sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti..Hidup mereka penuh dengan penantian..menantikan sesuatu yang tidak pernah ada kepastian..dan bagi mereka ia amatlah menyeksakan..hampir setiap hari penantian itu menganggu mereka..pelbagai perasaan bermain difikiran mereka..hingga kadang-kadang melepasi batas akalnya.. mereka hanya meminta yang baik-baik saja..tidak lebih dari itu...sampai masa mereka buntu..lalu mereka datang kepadaMu..doa itu tidak pernah putus..sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk diri dan juga yang tersayang...alhamdulillah apa saja yang diinginkan..mereka dapat..tiada kesusahan bagi mereka untuk itu..mereka bersyukur dengan apa yang ada..cukup segalanya..tulus hati mereka hingga ragu tiada hilang pergi...dan sentiasa ada bagi mereka yang berusaha.

Salam subuh,
4.41am