OX PRODUCTION

Sunday, February 26, 2012

Maslenitsa

Maslenitsa, atau dikenali sebagai Pancake week..merupakan sambutn yang diadakan oleh orang Rusia sebgai tanda yang musim bunga akan tiba dan berakhirnya musim sejuk. cara sembutan diorg adlah dengn memakan pancake..lebih kurang lempeng la klu kte org Malaysia..huhu

aku dan Aslan


K.A.M.I

sambut dengan kawan2 dan juga 2 org kawan Rusia kami yang sangat rapat..dah macm klurga..huhu
ade mase cket ni kte cerita la cket pasal 2 org sahbat kite..sorg bnama Aslan sorg brnama Misha..mereka sangt2 baik dan peramah..byk mmbntu ktorg jika ada apa2 masalah..diorg sangt la suka kepda negra Malaysia, terutamnya terengganu..dan juga makanan Malaysia..dh 2 kali diorg pergi ke Malaysia dan insyaAllah akan menyambut hari raya bersam kitorang di Terengganu pada bulan 7 nnti..rumah diorg pon siap ade bendera Malaysia n Terengganu..semngat betoiii..huhu

Selamat malam,
1.47pm

Wednesday, February 22, 2012

Real?

Semalam buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke stadium, seumur hidup ni kali pertama aku menonton perlawanan bola sepak secara live..perlawanan antara Cska Moscow dan Real Madrid. orang duk sibuk cakap Real main hebat..ada CR la..so kita beli la satu tiket pergi tengok.

Terima kasih kepada Hasnol Hafiz yang beratur hampir 500m ditambah lagi dengan kesejukan untuk membeli tiket. Masa tu aku masih berada di Malaysia

Betul la apa yang orang cakap, tengok kat stadium sangat berbeza berbanding tengok di tv..tambah lain lagi dengan keadaan suhu pada waktu malam yang mencecah hampir -8 degree..agak sejuk untuk berdiri selama satu jam lebih...apa pon perlawanan yang amat hebat dengan keputusan seri dimana Cska Moscow berjaya menjaringkan gol pada masa minit tambahan...satu pengalaman baru bagi orang jakun xpernah tengok bola..hahaha

Duk molek sume,
6:13pm

Thursday, February 16, 2012

Rindu untuk Mereka





Takala dibuai mimpi dengan keindahan dunia...terhenti seketika mengenagkan nasib adik2 yang berada di Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu..sehari sebelum pulang ke Moscow, aku sempat menjenguk mereka..bukan ini yang mereka pinta..tapi inilah takdir..takdir untuk mereka berada disini..ada kelurga tapi disisih..tidak sempurna..kasih sayang itu hilang dari mereka...tidak boleh dungkap dengan kata2..melihat mereka..sungguh sayu rasa dihati..mereka ceria..mereka gembira..tapi mereka masih tidak tahu apa2..hati ini tersentuh..yg keras ini terasa lembut..akan ku kesana lagi menjenguk mereka...:)

Rindu untuk mereka dari moscow:
11.18pm

Tuesday, January 31, 2012

Ku Bernyawa..

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Thursday, January 26, 2012

Bermakna


Terasa hidup ini bermakna dan ceria pabila dapat memberi sedikit khidmat kepada masyarakat..pagi tadi diadakan sat program yang dinamakn Fun with English..dimana para pesertanya adalah terdiri daripada pelajar2 darjah 5 dan 6..program ini merupakan anjuran PERMATA. teringat kembali zaman sekolah dulu ketika melihat gelak ketawa adik2 di sekolah sultan sulaiman 2 kuala terengganu..dunia mereka penuh dengan keceriaan dengan kawan..masih kecik..tidak ada masalah yang perlu difikirkan..sungguh perjalanan hidup mereka masih jauh..apakah yang terjadi pada mereka nanti..bagaimanakah mereka pabila besar nanti..semua itu sedikit sebanyak bermain difikiran..

program ini menekankan tentang kepentingan menggunakan english dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti planet animal dan word chain..seronok juga melihat adik2 ni bermain..terasa macam kembali kepada zaman sekolah dulu...sungguh ceria dan menyeronokkan.

walaupun aktiviti yang dilaksanakan tidaklah begitu menggunakan tenaga, tapi amatlah penat melayan karena adik2 ini..walaubagaimanpun, ianya amat mengembirakan..dan terasa dalam ini dapat berbakti kepada masyarakat..daripada menghabiskan masa di depan fb..sekali sekala menjenguk pewaris bangsa seterusnya sedang belajar erti hidup..dan ianya amat bermakna..:)

Berbakti kepada masyarakat
12.55am

Tuesday, January 24, 2012

Sampai bila?

Berkali-kali kita diingatkan dengan seksanya kubur...berkali-kali kita diingatkan tentang seksa akhirat..berkali-kali kita diingatkan tentang hari kiamat..buat seketika kita menjadi takut..takut dengan ugutan itu..ketakutan bermain difikiran hingga kadang-kadang mungkin melemahkan jiwa..membayangkan dengan dosa yang tidak terhitung banyaknya..

namun ketakutan akan ugutan itu tidak kekal lama dek kerana dunia yang berjaya menutupi...kita meneruskan kehidupan seperti biasa..bangun-kerja-tido-bangun..proses itu boleh dikatakan seakan-akan sama bagi setiap manusia..yang muda tidak hbis dengan soal CINTA dan COUPLE, yang tua pula tidak sudah dengan PANGKAT dan HARTA..itulah kebanyakan manusia hari ini..semuanya hampir sama cara hidup. tiada lagi untuk akhirat..masih tiada lagi perancangan untuk tinggal di tempat yang kekal selamanya...kemudian mereka diugut lagi..dengan perkara yang sama..mungkin juga yang mereka baru tahu..dan perkara yang sama..mereka kembali dalam ketakutan..sayagnya juga takut itu tidak kekal lama..dan proses itu terus berulang...SAMPAI BILA??


Malaysiaku tercinta,
10:55pm