OX PRODUCTION

Saturday, December 1, 2012

Semakin Jelas Kelihatan



Manusia itu sangat jelas dengan cara percakapannya, perbuatannya, pakainnya..banyak yang boleh digambarkan melalui 3 perkara ini. Daripada mula salamnya hingga akhir salamnya..kamu dapat lihat bagaimana kehidupan mereka, bagaiman hubungan mereka dengan orang sekeliling dan alam sekelilingnya...percaya atau tidak kamu boleh melihat bagaimana keadaan bilik tidurnya melalui perbuatan harianya bersama kawan2..mungkin ia tidak masuk akal, tapi hakikatnya begitulah bagimana kehidupan harian kamu mencerminkan perwatakanmu itu.

Dan janganlah kamu salahkan diri mereka itu, dek kerana sikapnya itu. telah diceritakan dulu yang setiap mereka itu berbeza daya upaya fikiranya...jangan memaksa mereka dengan apa yang mereka tidak ketahui dan fahami. Terangkanlah pada mereka dengan cara yang  baik..insyaAllah pengakhiranya akan baik2 semuanya.

Manusia itu tidak suka kepada paksaan, jangan kamu memaksa untuk mereka berubah atau menyukai sesuatu, kerna memaksa itu sentiasa mengundang masalah lain. bersabarlah kamu dalam menghadapi setiap ujian hidup itu. sungguh itu adalah penceria hidup anda yang anda tidak akan lupa suaut hari nanti, yang terus menjadikan kamu seorang yang matang dan lebih baik dari sebelumnya.

Kurangkanlah kamu bercakap, banyakkanlah kamu memerhati..memerhati orang di sekeliling kamu dan alam disekeliligmu ini..belajarlah kamu dari apa yang pernah mereka lalui itu. Dan kamu akan rasai nikmat itu yang sangat jarang ada pada seseorang.^^


Pemerhati,
2.38am



Monday, November 26, 2012

Hasrat


Alhamdulillah, antara yang menjadi salah satu hasrat dihati untuk memilik website sendiri telah tercapai...
insyaAllah kalau ada masa terluang tengok2 la laman yang tidak seberapa ini. Sebarang komen, cadangan atau penambah baikan adalah amat2 berbesar hati...:D

link - www.fidaoh.wix.com/oxpicture

Bersahaja

Dan bila tiba masanya kamu akan diuji dengan apa yang kamu lalui dulu.. Mungkin juga dari apa yang kamu lihat. Mereka hidup dalam penuh keterpaksaan dan ada juga mereka menerimanya dalam keadaan tidak sedar. Masa itu diberikan setiap daripada kamu, supaya mereka dapat melalui kembali apa yang berlaku... Mungkin ianya akan menjadi satu jawapan yang mengembirakan.. Mungkin jga tidak. Hanya menunggu dengan penuh penantian, menanti khabar yang tidak kunjung tiba.. Hingga tiba masanya semuanya hilang begitu sahaja..dan jaganlah kamu lupa pada yang Satu.. Yang terus ada menanti doa pohonan dari hambanya yang lemah itu.

Friday, November 23, 2012

Prasangka

Dan prasangka itu akan terus menghantui jiwa2 yang tidak tenang itu. Persoalan dihujani.. Keburukan dirasai...hingga memakan diri sendiri.. Hitam hati itu basuhnya tidak tercuci..kerasnya ia hingga berlian menyerah diri... Dan syaitan itu akan terus menghasut sehingga anak adam ini tertunduk dengan kesilapan sendiri...durjananya kamu.. Hingga ke sini kamu mengejari...sungguh yang tinggal ini adalah jiwa2 yang masih sayangkan agamanya yang masih memikirkan tentang generasinya.. dan kamu si pembaca itu adalah salah seorang daripadanya..

Wednesday, November 7, 2012

Harapan


Dan yang dikatakan kesempurnaan itu walaupun pada perkara kecil, ia mampu mengubah sesuatu keadaan menjadi terus sempurna hingga ke akhirnya...manusia itu hidup dalam penuh harapan...pada setiap harinya, mereka terus berharap agar hidupnya lebih baik dari sebeblumnya..harapan itu mungkin tidak seberapa, tapi ia mungkin sudah cukup untuk memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup pada hari yang mendatang..dan ketahuilah yang kamu adalah orang yang beruntung..yang hidup dengan penuh kesenangan..dengan penuh nikmat..dan bersyukurlah pada Dia yang telah mengurniakanya...sungguh kamu akan ketahui yang hidup kamu itu sangatlah bermakna...kasih dan sayang itu sentiasa ada..hargai setiap apa yang ada disekelilingmu..hingga ke akhirnya.

Kasih semuanya,
1.10am


Friday, October 12, 2012

Kala

Alhamdulillah, sedikit apa yang ada itu masih memberikan peluang untuk mereka berada disini. menikmati keindahan alam dengan penuh rasa dihati. nikmat sihat itu dihargai, dan masa lapang itu dipenuhi menjadikan mereka penuh ceria..penuh gembira dalam menghadapi esok hari...dan hari yang mendatang. masa itu mengajar mereka untuk terus berdiri..belajar merasai apa itu pahit dan apa itu manis..jiwa itu tidak pernah penuh..sentiasa ingin mencari cahaya..asalkan ianya satu kebaikan..yang membawa kelebihan kepada diri..itu yang akan dicari...tenang dan sabar...esok hari pasti akan datang kembali membawa berita seisi hati

Kala terjaga;
10:50pm