OX PRODUCTION

Saturday, January 1, 2011

Kamu Yang Terbaik Part 3

Hidup ini penuh dengan pencarian..mereka terus mencari sesuatu yang tak pasti..kadangkala kita tidak tahu apa yang dicari..dan mereka terus meniti kehidupan ini seperti biasa..barangkali mungkin aku adalah langit dan kamu adalah bumi..dan jika kamu rasakan mungkin lebih baik untuk menjadi langit..maka tidak akan ada beza antara kita..dan ku tahu kamu adalah orang yang baik..seperti yang ku kenal dulu..yang ingin menjadi yang terbaik dalam hidup..dan itu yang aku pasti..



Moscow
5.12pm

Friday, December 31, 2010

Hakikat


Ketika aku berjalan ke Kedutaan Besar Malaysia di Moscow untuk solat jumaat..Aku memerhatikan di sekelilingku..dan satu perkara terlintas difikiranku..ku rasakan jika kita mencari yang sempurna..barangkali mungkin kita akan menemui jalan buntu..setiap orang pasti ada kekurangannya..tidak kiralah sama ada dari segi bentuk rupa..mahupun tingkah lakunya..ada yang sempurna dari segi wajahnya tetapi tidak pula dari segi perbuatannya..begitulah sebaliknya..dan aku rasakan itu adalah satu hakikat yang harus diterima..dan jika kamu mencari..janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaa..

Moscow
4.40pm

Thursday, December 30, 2010

Tak semua orang tahu apa yang kita alami sekarang..dan tak semua perasaan di dalam hati ini dapat diluahkan..tetapi biarlah kekecewaan dan kesedihan itu menjadi milik kita sendiri..yang tak perlu dikongsi dengan orang lain dan janganlah kamu mengeluh..kerna ia menambah penderitaanmu..

( LBS & DKCG)

Moscow
11.59pm

Tak Faham??

Kadang-kadang apa yang kamu buat tidak semua orang akan faham...mereka mungkin menyalah anggap dengan perbuatan kamu itu..sesungguhnya mereka tidak bersalah..mereka hanya ternilai kamu mengikut pandangan mata dan tindakan kamu dan mereka tidak mengetahui perkara yang sebenarnya..janganlah kamu membencinya kerana perkara itu..dan jika kamu rasakan perlu untuk memberitahu hal yang sebenarnya..jangalah kamu menyatakannya dalam nada marah..perelokkanlah ayat mu agar mereka mudah untuk memahaminya...dan bersabarlah kamu dengan ujian itu..dan sesungguhnya kamu adalah orang yang tabah dan itu adalah yang terbaik..

Moscow
10.15pm

Wednesday, December 29, 2010

Kadang-kadang manusia itu ingin berubah..tetapi keadaan memaksa mereka untuk berbuat sedemikian..mereka sangat impikan kehidupan yang lebih sempurna..mereka tidak tahu yang mana atau apa yang patut mereka lakukan..mereka sentiasa berada dalam keresahan...sampai satu masa seseorang atau sesuatu akan mengubah mereka..mungkin juga cinta yang dapat mengubahnya..masih tidak tahu apakah milik mereka dan apa yang boleh mengembirakan mereka..mungkin itu satu permulaan kepada kehidupan baru..memadam memori yang lalu..( The Town)

Moscow
12.45am

Tuesday, December 28, 2010

Mengapa??


Mengapa kamu cuba untuk mengulanginya kembali..sedangkan kamu tahu..ianya mungkin berakhir dengan kesedihan dan kekecewaan..atau mungkin juga berakhir dengan kegembiraan..tetapi manusia sentiasa ingin mencuba walaupun ianya amat memedihkan, sampai satu masa mereka rebah lalu tersungkur..namun mereka bangun kembali melakukan perkara yang sama. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi..hanya SATU.

Moscow
3.41pm