OX PRODUCTION

Friday, December 7, 2012

Rahsia Kehidupan

photo by: A.Y

Alhamdulillah, pagi ini 4.23am aku masih bernafas..bernafas dalam redhaMu..bernafas dalam cintaMu..telah lama ku disini...mengejar cita-citaku..mengejar impianku...kehidupan disini penuh dengan harapan. tapi harapan dan kejayaan itu seakan-akan tidak lengkap jika tanpa redhaMu..tanpa kasih sayangMu...telah banyak yang ku lalui...telah banyak yang kurasai...salji yang memutih itu yang telah menjadi saksi...yang terus memberi harapan... yang terus memberi semangat...untuk aku meneruskan kehidupan disini...sungguh sempurna ciptaanMu itu...Kau jadikan semuanya sentiasa berhubung...Keluarga..sahabat..kasih...sayang...cinta...menjadi rahsia kehidupan...Kau jadikan mereka pelengkap sesama sendiri..Selamanya cinta itu...menyambut dengan penuh rasa syukur...
dan cinta itu tidak pernah salah dalam memilih...

Jangan sesekali kamu abaikan tentang lima ini..barangkali lima inilah yang menjadi rahsia kehidupan..rahsia yang dapat mendekatkan diri kamu kepadaNya...dan jangan hilangkan kisah silam itu...sungguh ia akan menjadi pengubat hati...pengubat hati yang ingin mencari kebenaran...belajarlah dari kesilapan itu...dan kamu akan rasai keindahan itu...jadilah yang istimewa padaNya, [ada diri sendri dan pada mereka semua...dan kamu akan ketahui yang hidup itu penuh dengan nikmat...
semoga esok hari dan seterusnya sentiasa baik-baik sahaja...dan kita hidup dalam redhanya..

Kasih selamanya
4.45am

Saturday, December 1, 2012

Semakin Jelas Kelihatan



Manusia itu sangat jelas dengan cara percakapannya, perbuatannya, pakainnya..banyak yang boleh digambarkan melalui 3 perkara ini. Daripada mula salamnya hingga akhir salamnya..kamu dapat lihat bagaimana kehidupan mereka, bagaiman hubungan mereka dengan orang sekeliling dan alam sekelilingnya...percaya atau tidak kamu boleh melihat bagaimana keadaan bilik tidurnya melalui perbuatan harianya bersama kawan2..mungkin ia tidak masuk akal, tapi hakikatnya begitulah bagimana kehidupan harian kamu mencerminkan perwatakanmu itu.

Dan janganlah kamu salahkan diri mereka itu, dek kerana sikapnya itu. telah diceritakan dulu yang setiap mereka itu berbeza daya upaya fikiranya...jangan memaksa mereka dengan apa yang mereka tidak ketahui dan fahami. Terangkanlah pada mereka dengan cara yang  baik..insyaAllah pengakhiranya akan baik2 semuanya.

Manusia itu tidak suka kepada paksaan, jangan kamu memaksa untuk mereka berubah atau menyukai sesuatu, kerna memaksa itu sentiasa mengundang masalah lain. bersabarlah kamu dalam menghadapi setiap ujian hidup itu. sungguh itu adalah penceria hidup anda yang anda tidak akan lupa suaut hari nanti, yang terus menjadikan kamu seorang yang matang dan lebih baik dari sebelumnya.

Kurangkanlah kamu bercakap, banyakkanlah kamu memerhati..memerhati orang di sekeliling kamu dan alam disekeliligmu ini..belajarlah kamu dari apa yang pernah mereka lalui itu. Dan kamu akan rasai nikmat itu yang sangat jarang ada pada seseorang.^^


Pemerhati,
2.38am



Monday, November 26, 2012

Hasrat


Alhamdulillah, antara yang menjadi salah satu hasrat dihati untuk memilik website sendiri telah tercapai...
insyaAllah kalau ada masa terluang tengok2 la laman yang tidak seberapa ini. Sebarang komen, cadangan atau penambah baikan adalah amat2 berbesar hati...:D

link - www.fidaoh.wix.com/oxpicture

Bersahaja

Dan bila tiba masanya kamu akan diuji dengan apa yang kamu lalui dulu.. Mungkin juga dari apa yang kamu lihat. Mereka hidup dalam penuh keterpaksaan dan ada juga mereka menerimanya dalam keadaan tidak sedar. Masa itu diberikan setiap daripada kamu, supaya mereka dapat melalui kembali apa yang berlaku... Mungkin ianya akan menjadi satu jawapan yang mengembirakan.. Mungkin jga tidak. Hanya menunggu dengan penuh penantian, menanti khabar yang tidak kunjung tiba.. Hingga tiba masanya semuanya hilang begitu sahaja..dan jaganlah kamu lupa pada yang Satu.. Yang terus ada menanti doa pohonan dari hambanya yang lemah itu.

Friday, November 23, 2012

Prasangka

Dan prasangka itu akan terus menghantui jiwa2 yang tidak tenang itu. Persoalan dihujani.. Keburukan dirasai...hingga memakan diri sendiri.. Hitam hati itu basuhnya tidak tercuci..kerasnya ia hingga berlian menyerah diri... Dan syaitan itu akan terus menghasut sehingga anak adam ini tertunduk dengan kesilapan sendiri...durjananya kamu.. Hingga ke sini kamu mengejari...sungguh yang tinggal ini adalah jiwa2 yang masih sayangkan agamanya yang masih memikirkan tentang generasinya.. dan kamu si pembaca itu adalah salah seorang daripadanya..

Wednesday, November 7, 2012

Harapan


Dan yang dikatakan kesempurnaan itu walaupun pada perkara kecil, ia mampu mengubah sesuatu keadaan menjadi terus sempurna hingga ke akhirnya...manusia itu hidup dalam penuh harapan...pada setiap harinya, mereka terus berharap agar hidupnya lebih baik dari sebeblumnya..harapan itu mungkin tidak seberapa, tapi ia mungkin sudah cukup untuk memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup pada hari yang mendatang..dan ketahuilah yang kamu adalah orang yang beruntung..yang hidup dengan penuh kesenangan..dengan penuh nikmat..dan bersyukurlah pada Dia yang telah mengurniakanya...sungguh kamu akan ketahui yang hidup kamu itu sangatlah bermakna...kasih dan sayang itu sentiasa ada..hargai setiap apa yang ada disekelilingmu..hingga ke akhirnya.

Kasih semuanya,
1.10am


Friday, October 12, 2012

Kala

Alhamdulillah, sedikit apa yang ada itu masih memberikan peluang untuk mereka berada disini. menikmati keindahan alam dengan penuh rasa dihati. nikmat sihat itu dihargai, dan masa lapang itu dipenuhi menjadikan mereka penuh ceria..penuh gembira dalam menghadapi esok hari...dan hari yang mendatang. masa itu mengajar mereka untuk terus berdiri..belajar merasai apa itu pahit dan apa itu manis..jiwa itu tidak pernah penuh..sentiasa ingin mencari cahaya..asalkan ianya satu kebaikan..yang membawa kelebihan kepada diri..itu yang akan dicari...tenang dan sabar...esok hari pasti akan datang kembali membawa berita seisi hati

Kala terjaga;
10:50pm

Wednesday, September 26, 2012

Mencintaimu




Cinta adalah anugerah
Mereka yang tidak  menyukai cinta menyebutnya satu tanggungjawab
Mereka yang hanya bermain dengan cinta menganggapnya sebuah permainan
Manakala mereka yang tidak pernah menikmatinya menyebut cinta itu satu impian
Dan mereka yg benar-benar mencintai akhirnya tidak kesampaian menyebutnya sebagai takdir

@>--------
1:44am


Friday, September 21, 2012

Tika Ditemani

Keadaan itu tidak sama lagi... Masa- masa lalu semakin kabur dalam ingatan...mereka pernah kesini, tapi kali ini mereka datang cukup berbeza... Ia berlalu.. Tahun demi tahun.. Seakan- akan perkara yang sama juga berlaku kepada yang lain.. Mereka diperhatikan dan tidak kurang juga diri sendiri yang memerhati.. Buruk itu menjadi keutamaan... Yang baik itu lemas dalam timbunan...hati itu dipalsukan dengan kepura- puraan... Hilang seri diwajah.. Yang ada hanya kepuasan...datang ia membawa cerita menjadi ikutan...penunjuk jalan..sayangnya mereka takut kita tersesat jalan..:)

Seterusnya,
2:00am

Tuesday, September 18, 2012

Hingga Hari Ini



Cinta itu semangat.. Semangat untuk mereka terus hidup...
Yang gundah itu bertukar ceria.. Yang hitam itu menjadi putih

Dan cinta itu seakan- akan malapetaka bagi mereka yang mengsia-siakanya, tidak pandai membentuk.. Tidak   pula menghargai


Dan apabila kamu mencintai seseorang... Kamu juga perlu bersedia untuk menangis kerananya apabila sampai masanya. Dan agama itu akan mengembalikan kamu kepada yang Satu, hilanglah resah, hilanglah gundah.. Sampai satu tika
dirasakan seakan-akan tidak bernyawa, menutup mata..mengharapkan hari esok lebih baik...jangan sesakali disakiti hingga sampai masa tiada lagi berputar kembali.
sehingga ke hari ini, kamu masih hidup dengan sezarah semangat itu, hari demi hari cuba menjadikan ia seperti bola, dengan sedaya apa yang ada..dan kamu tahu itu adalah hidup, yang membuatkan kamu sehingga ke hari ini dan sampai ke akhirnya...

Bagi mereka,
8.57pm





Tuesday, September 11, 2012

Terlalu




Terlalu banyak yang dirahsiakan, terlalu banyak yang ingin diceritakan…mereka buntu dalam mencari kebenaran..ada yang begitu..ada pula yang begini..semangat mereka hilang dalam timbunan kekeliruan ini…sekelilingnya seakan-akan hilang dari pandangannya..tidak dipedulikan..tidak diendahkan..namun teruskan apa yang ada…bersama-sama yang lain..dengan harapan dapat bersama hingga ke akhir…

Sabar tidak diceritakan..sedih tidak pula..masakan pula ketika gembira..tiada keperluan yang dirasai..selamanya disitu..menemani rasa pahit itu, dan selalu ada bila perlu..

Ruangan itu menjadi perbualan mereka..takkala mereka bangun takkala mereka tidur...dan ruangan itu terus menjadi persoalan hingga ke hari ini..dimana hilangnya tutur kata itu..dimana hilangnya tingkah laku itu…sungguh kelainan itu dapat dirasai…dan mendiamkan diri itu pilihan mereka…

Mereka selalu ada menemani..tika sedih..tika gembira..namun mereka kaku untuk dihargai..mereka tahu...hingga keletihan itu dirasai…menanti esok hari..

Menemani,
6.59pm

Thursday, September 6, 2012

Seketika





Niat mereka.. Ingin menjaga hati.. Tidak mahu Menyakiti... Mereka terhenti seketika... Mereka berfikir sejenak tentang dimana mereka berada sekarang.. Apakah yang mereka sedang lakukan pada masa itu... Mereka tertanya-tanya, adakah perbuatan mereka ini betul.. Ya Allah mereka berdoa agar mereka dikuatkan iman semoga mereka tidak terjebak dengan perkara yang tidak diingini.. Sungguh mereka masih mencari apa itu erti kebenaran.. Yang mana hak dan yang mana batil..hina sunggguh diri ini.. Selalu lalai dengan nikmatmu ya Allah.. Mereka hanya memasang niat padahal perbuatan mereka sangat lemah.. Tidak terdaya...akal dan minda tidak tergerak melihat manusia tidak bermaya.. Mereka terlena seketika..menanti hari esok trus berlalu..
Allah menguji hambanya dengan cara yang paling unik apabila menjadikan kekurangan otu juga satu anugerah
Alhamdulillah.. Selesai sudah satu penghijrahan aku ke kota kuala lumpur... Sekali lagi aku berpeluang untuk melihat sendiri keadaan agamaku.. Bagaimana keadaanya sekarang... Jujur dan aku tidak dapat menipu.. Ia terus bernanah.. Memburuk dalam gelap gulita.

Moscow
7.43pm

Tuesday, July 3, 2012

Oh Tanah Airku

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan aku hingga ke hari ini...terasa sangat tenang bila dapat pulang ke kampung halaman..berjumpa dengan keluarga setelah hampir 6 bulan bergeluman dengan buku dan exam...sungguh ia benar2 menguji kekuatan dan kesabaran..tidak dapat digambarkan betapa dasyat ujian itu..dan ini baru sahaja ujian dunia..belum lagi ujian akhirat...insyaAllah kepulangan kali ini akan memberi kelainan...xtvt dipenuhi dengan pelbagai perkara...cdaganya ingin menjelajah ke seluruh malaysia ingin berjumpa dengan kenalan yang sudah laa berpisah...hingga jumpa lagi akan datang...

salam tanah airku,
7.30am

Monday, June 4, 2012

Lama/Sekejap

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini..syukur kerana nikmat sihat dan masa lapang itu masih diberikan..beruntunglah bagi mereka yang pandai mengunakan nikmat itu dengan sebaiknya...hanya ringkasan..insyaAllah aku akan menduduki final exam..kali ni ade 5 papers...mungkin ini adlah ujian aku yang paling besar setakat ini dalam banyk2 exam..moga2 Allah permudahkan urusan peperiksaanku disini..diberikan lapang dada dan minda..mudah mengingati dan mudah memahami..amin..
dan selepas itu insyaAllah akan pulang ke tempat asal pada 30/6/2012...bl8 rye kte thun ni...huhu


salam ceria,
1.45pm

Sunday, May 13, 2012

Anas Naufal
Masjid Quba, Arab Saudi

Apakah yang mereka tercari-cari itu..dapat dilihat dari wajahnya..dari percakapannya..dari perbuatannya..mereka sedang mengharapkan sesuatu..sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti..Hidup mereka penuh dengan penantian..menantikan sesuatu yang tidak pernah ada kepastian..dan bagi mereka ia amatlah menyeksakan..hampir setiap hari penantian itu menganggu mereka..pelbagai perasaan bermain difikiran mereka..hingga kadang-kadang melepasi batas akalnya.. mereka hanya meminta yang baik-baik saja..tidak lebih dari itu...sampai masa mereka buntu..lalu mereka datang kepadaMu..doa itu tidak pernah putus..sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk diri dan juga yang tersayang...alhamdulillah apa saja yang diinginkan..mereka dapat..tiada kesusahan bagi mereka untuk itu..mereka bersyukur dengan apa yang ada..cukup segalanya..tulus hati mereka hingga ragu tiada hilang pergi...dan sentiasa ada bagi mereka yang berusaha.

Salam subuh,
4.41am

Wednesday, May 9, 2012

INI KITA



Jiwa remaja itu jiwa memberontak.. Mereka rasakan diri mereka dikongkong.. Dikongkong dengan ibu bapa.. Dengan peraturan...lalu mereka keluar mencari ketenangan.. Mereka cuba mencari apa yang dikatakan sebagai kebebasan..pencarian mereka itu mungkin dengan jalan yang betul.. Mungkin juga dengan jalan sebaliknya..namun kelihatan ramai yang memilih jalan yang salah
Mereka berasa marah apabila apa yang diingini tidak tercapai.. Mungkin itu disebabkan diri.. Mungkin juga kerana orang lain.. Sungguh sedia apabila janji yang diucapkan hanya tinggal janji.. Tidak pernah ditepati..sungguh siapa yang berada di tempat itu berasa teranaya.. Dan si pembuat itu adalah orang2 yang zalim dan bodoh. Kecewa apabila sesuatu yang berlaku tanpa dipinta.. Tiada apa yang dapat membantu.. Hanya sabar yang terkubu.. Memberi semangat untuk terus berlalu.. Harap dihati esoknya lebih baik dari selalu..
Mereka masih mencari apa yang dikatakan zaman kegemilangan dulu.. Masih tefikir masih membuntu..tidak ada yang dapat membantu.. Hari2 terus pergi berlalu



Sungguh tidak matang mereka dalam percakapan mahupun perbuatan..Perbuatan mereka sentiasa berubah-ubah.. Tidak ada yang pernah tetap.. Mereka ini kebanyakannya selalu menyalahkan seseorang apabila terjadinya sesuatu perkara, manja dan kurang segalanya.. Tidak layak dengan apa yang dikatakan sebagai pelengkap kepada kelemahan

Banyak yang mereka ingin ceritakan.. Tapi mereka takot.. Mereka tidak tahu kepada siapa yang mereka patut ceritakan..sungguh mereka mengharapkan kepada satu penyelesaian.. Apa yang mereka mahu hanyalah sesuatu yang mengembirakan dan membahagiakan.. Tiada yang lain..dan lepaskan ia untuk kamu menjadi lebih baik dari sebelum itu..dan pilihan itu adalah terbaik.. Dan masa yang akan menyembuhkan..

Mereka terus tertanya-tanya.. Adakah tindakan mereka itu betul.. Adakah apa yang mereka lakukan nanti akan dapat mengembirakan semua orang...Mereka rasakan diri ini tiada sapa2.. Tiada kawan.. Rasa tidak dihargai..rasa setiap tindakan itu tidak prnh betol..dan mereka tercari2 jawapan kpda semua itu..

Salam ketenangan,
11.45pm


Friday, April 13, 2012

Kebanyakan


Rasullah ada memesan pada kaum lelaki,Janganlah engkau kahwini wanita yg ada 6 sifat ini.Tau apa dia 6 sifat yg Rasullah pesan pada kaum lelaki? .Pada kaum wanita ketahuilah 6 perkara ini agar kita tak terjerumus dalam mana2 sifat yg ditegah ni.Mohon la pada Allah agar sentiasa dlm peliharaannya.


>> Wanita Hananah iaitu wanita yg tak pernah tak pandai nk bersyukur <<
Dia tak bersyukur dgn jodohnya dan kufur dgn nikmat perkahwinan yg telah ditentukan.


>> Wanita Hadaqah iaitu wanita yg suka memaksa serta mengikut nafsu <<
Wanita jenis ini sangat mementingkan diri sendiri.Mereka suka membeli barangan mengikut kehendak nafsu.Jadi dia akan memastikan serta memaksa suaminya utk membeli barangan tersebut demi kepentingan diri sendiri.


>> Wanita Syadaqah iaitu wanita yg suka membebel <<
Wanita jenis ini suka membebel dan bercakap banyak walaupun benda tu tak penting.Membebel tanpa mengira waktu.Akibat terlebih banyak membebel maka selalunya apa yg dikerjakan tak menjadi.Hanya tau komen saja.


>> Wanita Mananah iaitu wanita yg suka membangga diri serta mengungkit <<
Wanita jenis suka mengungkit walaupun pada benda2 kecil.Serta membanggakan diri walaupun dihadapan suaminya.


>> Wanita Ananah iaitu wanita yg banyak komen <<
Wanita ini memang patut dijauhi oleh kaum lelaki.Kerana wanita jenis ni akan komen apa saja.Baginya ada saja kesalahan yg dilakukan oleh oranglain walaupun suaminya sendiri.


>> Wanita Basaqah iaitu wanita yg suka menunjuk-nunjuk serta suka dipuji <<
Wanita jenis ini gemar menghias diri tetapi bukan utk dirinya atau suaminya.Tetapi utk dipertontonkan pada oranglain utk tujuan menunjuk-nunjuk serta utk mendapatkan pujian.




@< Itu antara 6 perkara yg di pesan oleh Rasul kita pada kaum lelaki.Jadi,pada kaum wanita sama2 dpt mengelakkan diri dari 6 perkara ini.Mohonlah padanya agar kita sentiasa dilindungi olehNya.Berubahlah agar kita tak melakukan perkara yg di tegah.InsyaAllah..

Monday, April 9, 2012

Salam terakhir



Sampaikan salam buat semua, salam terakhir salam teristimewa, pada kau yang tersayang, pada teman yang ku kenang, pemergian ku ini tidak dirancang.

Inilah karyaku yang terakhir yang sempat aku ambil dengan teman ku yang teristimewa, 9/4/2012 bermulalah perpisahan aku denganya, pemergiannya amatlah ku rindui..yang telah bersamaku selama 2 tahun, menemani aku kemana sahaja aku pergi..tanpa penat dan jemu..terus berkhidmat untuk aku..namun ini bukanlah sesuatu yang dirancang, ku terpaksa melepaskanmu..kerna waktu berputaran..ku bimbang tak berkesempatan..tidak pernah akan ku lupai jasamu...mungkin suatu hari nanti kita akan bertemu semula..:(

aku dan dia


salam terakhir untukmu D90,
12:00am Moscow

Saturday, April 7, 2012

Ketika Ini


Ketika ini, sedikit ketawa itu sudah cukup bg mereka untuk menghilangkan rasa penat setelah seharian belajar.. Mereka kelihatan gembira.. Kawan2 menjadi tempt untuk mereka bercerita.. Tntg peljrn.. Ttng kish hidup mereka.. Namun kelihatan setiap dari mereka penuh dengan rahsia.. Rahsia tentang masa depan..ada juga antra mereka sedang mengenag nasb.. Tidak sume dantara mereka itu bnasb baik.. Ada dantara mereka punyai masalah dgn pelajaran.. Kwan2.. Ada jga dgn kekasih hati.. Sungguh indah ciptaan itu.. Setiap dari mereka itu punyai masalah yang berbeza.. Supaya kamu dapat memerhati.. Dapat memerhati apa yang berlaku di sekelilingmu.. Supaya yang tidak baik itu dapat kamu jadikan pengajaran.. Agar apa yang berlaku kepada orang lain.. Tidak akan kamu ulangi..perhatilah mereka, nilailah mereka.. Akan ada ssuatu yang akan kamu ketahui.. Yang membawa kamu kpda menjadi manusia yang lebih sempurna..:)

Salam Pathophysiology,
12:20pm

Tuesday, March 13, 2012

UNTUKMU

Pemandanganya keras.. Hingga sukar baginya untuk melihat kehijauan.. Membuatkan mereka lalai dengan asal usulnya...pengorbanan itu sukar.. Lbih sukar lagi bila persekitaranya tidak sedikit membantu..setiap bandar ada cerita hidupnya sendiri..masing- masing dengan cara hidupnya sendri.. Masing- masing ada tujuan sendiri.. Mereka mungkin tidak meminta untuk hidup begitu.. Mereka merancang yang baik- baik belaka.. Namun bukan semua apa yang drancang itu mereka dapat..mereka takot.. Takot untuk menyatakan tetang yang benar..Mereka keliru dalam membuat pilihan..takot2 pilihan itu mungkin salah..ada antara mereka hanya berdiam diri.. Seolah-olah tidak nampak salah disini..sungguh rapuh iman mereka, dengan duit imannya tergadai..sedih dihati melihat mereka, kata2 nasihat itu tidak pernah lekang.. Namun mereka nampak keikhlasan itu tiada..sungguh mereka benci dengan sikap itu, tidak perlu diungkit lagi.. Hanya menunggu dan lihat apa yang akan terjadi..

Coretan lama,
2:25am

Terminal Utara

Setelah berpisah kerna tiada persefahaman.. Dia mengambil keputusan untuk terus berada dalam keadaan sebegini sehingga ke hari ini.. Jika diingatkan kembali kisah dulu.. Dia tidak mampu ungkapkan.. Begitu pedih
Apabila dirinya terasa didustai..dia meneruskan perjalanan.. Meneruskan sambil mencari erti kehidupan yang hakiki.. Banyk yang dia tempuhi.. Hingga suatu hari dia bertemu kembali apa yang dicari selama ini..dia disedarkan dengan lamunan.. Menyedari akan semua ini hanyalah duniawi semata-mata..dalam fikiranya selalu ingin mencari kebaikan.. Namun keadaan sekeliling membuatkan dia lalai... Banyak yang dia lihat dari pengalaman diri sendiri tidak kurang juga dari orang lain.

Sangatlah menakutkan pabila dia perlu membuat keputusan, mahupun pilihan.. Takot2 pilihan itu salah.. Tidak tepat.. Dalam dirinya selalu memikirkan takot2 pilihannya itu akan menyusahkan orang, atau membuatkan orang tidak selesa denganya..

Benci, iri hati, sombong terasa penuh dalam dirinya.. Dia selalu memikirkan bagaimana untuk memghilangkanny, dia tahu tidak cukup hanya dengan kata2, ianya perlukan pengorbanan yang sangt besar..dia tidak sanggup melihat kawannya derita atas apa yang pernah dilaluinya...

Pengorbanan itu payah, namun pasti akan terukir senyuman disebalik pengorbanan itu..tiada kejayaan itu
untuk kamu jika hilang pengorbanan

Alhamdulillah.. Sedikit kegembiraan dapat dirasai olehnya.. Bukan selalu, bila2 lg ianya melibatkan org yg disayangi.. Hidupnya terasa lebih teratur bila semua kerja yang dibuat dapat disiapkan mengikut jadual..dia amat merindui zaman persekolahannya dlu yang penuh dengan semangat untuk belaja.. Dan sehingga kini dia masih menanti semangat itu untuk datang kembali..

Abjat o itu masih diberi kesempatan untuk mengalir dalam diri ini.. Sunggu ia satu nikmat bg orang tahu menggunakan masa lapangnya dengan baik.. Namun masa lapangnya tidak berjaya melapangkan mindanya dari sesuatu.. Perkara itu baik, sudah difikirkannya hampir 2 bulan sudah.. Jalan baiknya telah ada.. Namun ia melibatkan orang lain, yang mampu mengubah semuanya.. Kadang- kadang dia buntu.. Adakah keputusannya ini benar.. Adakah yang terbaik untuk dirinya...dan sehingga kini.. Terus berlalu..

Monday, March 12, 2012

CINTA


Dalam usia sebegini, cinta, jodoh, kawin bukan lagi menjadi bahan jenaka.. Masing- masing sudah menampakkan kesungguhan dalam membina sebuah kehidupan yang sempurna dengan orang yang tersayang..boleh dikatakan hampir setiap orang pernah merasai bagaimana indahnya dilamun cinta, tidak kurang juga dengan derita perpisahan.. Dengan pengalaman yang ada mereka terus meniti kehidupan dalam mencari cinta sebenar.. Mereka tidak dapat menafikan, semakin mereka cuba menjauhi cinta, semakin dekat cinta itu mengejar mereka..
Keadaan sekarang sungguh jauh berbeza, cara2 betul yang diajar oleh agama sudah semakin diabaikan..kini dengan hanya sekeping gambar sahaja mereka boleh menganggap itulah cinta sejati mereka, kononnya tidak boleh hidup tanpa dia.. Sungguh kematangan itu akan mengajar kamu dalam menghasilkan sesuatu yang baik.. Kembalilah kepada yang Satu, sesungguhnya tidak akan ada sedikit kerugian bagi kamu yang sedang mencari sesuatu yang bernama CINTA

Salam kasih,
3:15am