OX PRODUCTION

Friday, December 7, 2012

Rahsia Kehidupan

photo by: A.Y

Alhamdulillah, pagi ini 4.23am aku masih bernafas..bernafas dalam redhaMu..bernafas dalam cintaMu..telah lama ku disini...mengejar cita-citaku..mengejar impianku...kehidupan disini penuh dengan harapan. tapi harapan dan kejayaan itu seakan-akan tidak lengkap jika tanpa redhaMu..tanpa kasih sayangMu...telah banyak yang ku lalui...telah banyak yang kurasai...salji yang memutih itu yang telah menjadi saksi...yang terus memberi harapan... yang terus memberi semangat...untuk aku meneruskan kehidupan disini...sungguh sempurna ciptaanMu itu...Kau jadikan semuanya sentiasa berhubung...Keluarga..sahabat..kasih...sayang...cinta...menjadi rahsia kehidupan...Kau jadikan mereka pelengkap sesama sendiri..Selamanya cinta itu...menyambut dengan penuh rasa syukur...
dan cinta itu tidak pernah salah dalam memilih...

Jangan sesekali kamu abaikan tentang lima ini..barangkali lima inilah yang menjadi rahsia kehidupan..rahsia yang dapat mendekatkan diri kamu kepadaNya...dan jangan hilangkan kisah silam itu...sungguh ia akan menjadi pengubat hati...pengubat hati yang ingin mencari kebenaran...belajarlah dari kesilapan itu...dan kamu akan rasai keindahan itu...jadilah yang istimewa padaNya, [ada diri sendri dan pada mereka semua...dan kamu akan ketahui yang hidup itu penuh dengan nikmat...
semoga esok hari dan seterusnya sentiasa baik-baik sahaja...dan kita hidup dalam redhanya..

Kasih selamanya
4.45am

Saturday, December 1, 2012

Semakin Jelas Kelihatan



Manusia itu sangat jelas dengan cara percakapannya, perbuatannya, pakainnya..banyak yang boleh digambarkan melalui 3 perkara ini. Daripada mula salamnya hingga akhir salamnya..kamu dapat lihat bagaimana kehidupan mereka, bagaiman hubungan mereka dengan orang sekeliling dan alam sekelilingnya...percaya atau tidak kamu boleh melihat bagaimana keadaan bilik tidurnya melalui perbuatan harianya bersama kawan2..mungkin ia tidak masuk akal, tapi hakikatnya begitulah bagimana kehidupan harian kamu mencerminkan perwatakanmu itu.

Dan janganlah kamu salahkan diri mereka itu, dek kerana sikapnya itu. telah diceritakan dulu yang setiap mereka itu berbeza daya upaya fikiranya...jangan memaksa mereka dengan apa yang mereka tidak ketahui dan fahami. Terangkanlah pada mereka dengan cara yang  baik..insyaAllah pengakhiranya akan baik2 semuanya.

Manusia itu tidak suka kepada paksaan, jangan kamu memaksa untuk mereka berubah atau menyukai sesuatu, kerna memaksa itu sentiasa mengundang masalah lain. bersabarlah kamu dalam menghadapi setiap ujian hidup itu. sungguh itu adalah penceria hidup anda yang anda tidak akan lupa suaut hari nanti, yang terus menjadikan kamu seorang yang matang dan lebih baik dari sebelumnya.

Kurangkanlah kamu bercakap, banyakkanlah kamu memerhati..memerhati orang di sekeliling kamu dan alam disekeliligmu ini..belajarlah kamu dari apa yang pernah mereka lalui itu. Dan kamu akan rasai nikmat itu yang sangat jarang ada pada seseorang.^^


Pemerhati,
2.38am



Monday, November 26, 2012

Hasrat


Alhamdulillah, antara yang menjadi salah satu hasrat dihati untuk memilik website sendiri telah tercapai...
insyaAllah kalau ada masa terluang tengok2 la laman yang tidak seberapa ini. Sebarang komen, cadangan atau penambah baikan adalah amat2 berbesar hati...:D

link - www.fidaoh.wix.com/oxpicture

Bersahaja

Dan bila tiba masanya kamu akan diuji dengan apa yang kamu lalui dulu.. Mungkin juga dari apa yang kamu lihat. Mereka hidup dalam penuh keterpaksaan dan ada juga mereka menerimanya dalam keadaan tidak sedar. Masa itu diberikan setiap daripada kamu, supaya mereka dapat melalui kembali apa yang berlaku... Mungkin ianya akan menjadi satu jawapan yang mengembirakan.. Mungkin jga tidak. Hanya menunggu dengan penuh penantian, menanti khabar yang tidak kunjung tiba.. Hingga tiba masanya semuanya hilang begitu sahaja..dan jaganlah kamu lupa pada yang Satu.. Yang terus ada menanti doa pohonan dari hambanya yang lemah itu.

Friday, November 23, 2012

Prasangka

Dan prasangka itu akan terus menghantui jiwa2 yang tidak tenang itu. Persoalan dihujani.. Keburukan dirasai...hingga memakan diri sendiri.. Hitam hati itu basuhnya tidak tercuci..kerasnya ia hingga berlian menyerah diri... Dan syaitan itu akan terus menghasut sehingga anak adam ini tertunduk dengan kesilapan sendiri...durjananya kamu.. Hingga ke sini kamu mengejari...sungguh yang tinggal ini adalah jiwa2 yang masih sayangkan agamanya yang masih memikirkan tentang generasinya.. dan kamu si pembaca itu adalah salah seorang daripadanya..

Wednesday, November 7, 2012

Harapan


Dan yang dikatakan kesempurnaan itu walaupun pada perkara kecil, ia mampu mengubah sesuatu keadaan menjadi terus sempurna hingga ke akhirnya...manusia itu hidup dalam penuh harapan...pada setiap harinya, mereka terus berharap agar hidupnya lebih baik dari sebeblumnya..harapan itu mungkin tidak seberapa, tapi ia mungkin sudah cukup untuk memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup pada hari yang mendatang..dan ketahuilah yang kamu adalah orang yang beruntung..yang hidup dengan penuh kesenangan..dengan penuh nikmat..dan bersyukurlah pada Dia yang telah mengurniakanya...sungguh kamu akan ketahui yang hidup kamu itu sangatlah bermakna...kasih dan sayang itu sentiasa ada..hargai setiap apa yang ada disekelilingmu..hingga ke akhirnya.

Kasih semuanya,
1.10am