OX PRODUCTION

Wednesday, December 21, 2011

Sampai bila?

Hari ni dan beberapa hari berikutnya, diramalkan akan berlaku ribut salji di moscow dan kawasan sewaktu dengannya. Tahun ni lambat sikit salji turun..mungkin die simpan dlu kot..tnggu bagi keluar semua skaligus.. Huhu..

Kadang2 dengan melihat keadaan sekeliling, baru aku sedar tentang diri ini. Melihat salji memutih di atas jalan pada pukul 4 pg.. Dikala semua orang lena dibuai mimpi..bru aku sedar ini bukanlah tempat asalku..hakikatnya aku hanyalah seorang perantau..yang datang mencari ilmu.. Yang tempatnya sungguh berlainan dari tempat asalnya.. Tiada yang istimewa tentang diri ini..yang ada kala masih mencari identiti diri..

Kadang2 kita perlu mungubah sesuatu untuk mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling..tetapi mereka yang bijak ialah mereka dapat menadaptsi diri, dan mereka masih berpegang dengan apa yang mereka yakini..mereka menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekeliling dan dengan apa yang ada telah diajar oleh agama mereka.. Namun bukan semua dapat menyesuaikan diri seperti begini..ada sesetengah hanya berjaya mengambil yang satu itu sahaja..yang satu lagi dibiarkan.. Dan mereka terus dengan yang satu itu.. Semoga kita jauh dari semua itu.. Semoga kawan2 yang "kelihatan ingin jatuh dek kerana jalan yang diliputi ais yang licin dapat diselamatkan dari terus jatuh tersungkur" peringatan untuk diri ini juga yang lemah..

Salam kesejukan dari moscow
4:15am

Sunday, December 18, 2011

Itulah Kita

Dalam mencari erti hidup sebenar, pelbagai perkara harus ditempuhi. Ianya tidak semudah seperti yang diungkapkan, banyak yang perlu dipelajari. Kebanyakan dari kita berubah berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui, tidak kurang juga perubahan yang dilakukan kerana kesilapan yang pernah dibuat. Hidup itu cukup indah jika kita tahu carany, cara yang diredhainya. Cara hidup setiap orang mungkin berlainan, tapi matlamat setiap dari mereka adalah sama. Untuk mengungkapkannya dengan kata-kata adalah sesuatu yang senang, akan tetapi kebanyakan dari kita mempunyai perbuatan yang tidak sama dengan apa yang diungkapkan. Itulah manusia yang serba kekurangan, yang datang mencari Pencipta bila susah melanda dan melupakanNya ketika senang dinikmati. AgungNya Dia yang menerima setiap taubat hambanya yang inginkan perubahan, namun masyarakat sekeliling belum tentu lagi menerima taubatnya, dan sekali lagi itulah manusia yang menghukum golonganNya sendiri lebih dari PemilikNya.. Moga kita sentiasa dalam lindunganNya.. Jagalah diri ini selalu. Sentiasa ingat kepada kesedihan, ia yang mengajar tentang mengenal siapa diri kita yang sebenar dan supaya kita tidak lalai.

Salam subuh:
7:10am

Sunday, December 4, 2011

Tunggu Sekejap..


Alhamdulillah..tiket dah beli untuk pulang ke tanah air..kali ni Cathay pacific menjadi pilihan hati..huhu..Cathay Pacifc merupakan airline yang ke-4 aku selepas etihad, qatar dan emirates...kite tngk camne srvice yg disediakan oleh Cathay Pacific nanti..diantara sume airlines ini..emirates masih diangap paling selesa bagi ak dalam semua aspek..makan..entertainment..seat dan sebagainya...
walaupun belum pulang..walaupun cuti aku lebih kurg 1 bulan...tapi jadual cuti aku ketika pulang nanti seakan-akan kelihatan telah penuh..dengna aktiviti..dan beberapa urusan lain yg perlu diselesaikan..x sabar rasanya untuk melihat KLIA..Terengganu...walaupun acap kali..akan tetapi tidak pernah jemu rasa dihati ini...cinta itu tetap pada tempat asalku...terasa penat mencari ilmu dinegara orang..sedikit sebanyak..pulang ke kampung halaman menjenguk orang kampung dapat menghilangkan penat seorang perantau..sehingga jumpa nanti..happy sunday...:)

Rindu dari Moscow,
2.31am

Saturday, December 3, 2011

Apa makna cinta?




Menjadi satu persoalan, sejauh mana mereka faham tentang erti cinta, apakah yang mereka faham tentang maksud CINTA dan kasih sayang..adakah ucapan manis, janji setia, bunga, membeli barang yang mahal2, berpegangan tangn, berpelukan?? adakah itu yang menjadi jawapan kepada maksud cinta itu?? boleh dikatakan mereka yang berusia dalam linkungan 20an telah merasai bagaimana cinta..dan mungkin juga ada yang telah mencipta cinta tidak kurang juga ada yang telah pernah berpisah. setiap dari kta mempunyai pengalamn yang tersndiri yang mungkin orang lain tidak pernah merasai konon-kononya kita pernah merasai cinta yang agung..masing2 boleh menilai apa yang kamu buat..dan harus kamu ingat setiap penilaian itu berbeza kerana manusia itu berlainan keupayaan mindanya..

Kebanyakan mereka yang melakukan sesuatu oleh kerana CINTA dianggap bodoh dan tidak matang..kenapa mereka dituduh sebegitu???oleh kerana mereka melakukan sesuatu untuk cinta mereka dan pada masa yang sama mereka tidak tahu apakah cinta itu sendiri...

setiap dari kita ada pilihan yang boleh dibuat..dan ia terpulang kepada kamu sama ada ingin memilih jalan itu atau jalan ini..sejauh mana kamu melihat cinta itu..adkah hanya untuk 5thun, 20 thun atau 30 tahun..atau selamanya...sudah tentu kamu akn menjawab "mestilah untuk selama-lamanya" namun sayang..perbuatan kamu itu langsung tidak menunjukkan cinta itu untuk selama-lamanya..Dan persoalanya seterusnya terserah kepada kamu kepada kamu untuk menjawabnya..panduan, nasihat dan pengalaman itu telah ada..HANYA TINGGAL KAMU SAHAJA UNTUK MELAKSANAKANNYA..


Salam rindu dari moscow
3.33am

Friday, December 2, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih memberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan ini..rasa sedikit tenang bila boleh dikatakan 70% kesibukan sepanjang 3 minggu ini telah hilang..sepanjang 3 mngu ini banyak juga perkara yang terjadi kepada diriku..aku belajar..dan terus belajar..pada masa yang sama ada sesuatu yang menganggu fikiran ak..hati aku..agak lama ia menghantui..tanpa sebarang tanda, tanpa sebarang penyelesaian..agak menyeksakan juga..aku cuba merungkai..cuba mencari mana puncanya..apakah yag berbeza dari dulu dan sekarang..apakah yang kurang..apakah yang lebih..hari demi hari terus berlalu..melihat kepada jadual harianku, masih sama seperti dulu..tidur dahulu dan kemudian bangun untuk study..namun masih ada sesuatu yang kurang..masih mencari jawapan.


Alhamdulillah tidak lama juga aku menjumpai jawapan itu, jawapan itu telah mmbuka kembali mata aku tentang apa yang terjadi sebenarnya sekarang..tiada guna kejayaan kamu itu jika hubungan kamu dengan orang sekeliling tidak dijaga, hubungan kamu dengan Pencipta tidak dijaga..lama tidak bertanyakan khabar orang kampung..lupa akan mereka yang kita tidak tahu..yang sentiasa mendoakan kejayaan kita disini...usaha yang ada tanpa tawakal, redha tidak membawa ketenangan dalam mencari ilmu..

Alhamdulillah aku diperlihatkan dengan semua itu, sedar kembali akan apa tanggugjawab aku yang pernah difikirkan dulu untuk orang sekeliling..barangkali mungkin itu tujuan aku dicipta..sungguh kesibukan disini sedikit sebanyak memendungkan mataku..memendungkan pemikiranku...aku melihat kembali dunia sekelilingku..mungkin diantara mereka ada yang telah berubah, mungkin juga tidak..yang dulunya tidak banyak aku fikirkan..perubahan mereka mungkin ada yang baik..mungkin juga ada sedikit yang buruk..dan itu semua lumrah alam..yang akan memberi peluang kepada kita untuk merungkai isi hati dunia..yang mungkin tiada orang yang dapat mencari jawapanya...jawapan diri itu semuanya betul jika diikutkan..tanyalah kepada yanf ke-2 mungkin juga ke-3 dan seterusnya..yang mungkin jawapan mereka itu lebih baik dari kamu..hormatilah keptusan yang dibuat oleh setiap orang..tidak boleh dipaksa..cara mereka berfikir mungkin lain..mungkin tidak sampai atau mungkin lebih dari apa yang kita fikirkan..tiada guna memarahi..tiada guna berdendam dengan tindakan mereka..mereka mungkin memerlukan masa untuk mengubahnya..mungkin mereka perlukan yang lain untuk dibimbing..dan setiap dari mereka ada kebaikan..ada kelebihan yang tersendiri..dan alhamdulillah aku telah berada disini..insyaAllah 12/1/2012 ini sedikit ujian dunia akan dihadapi iaitu microbiogy..dan selepas itu bercadang untuk pulang ke tanah air..terasa lama sudah meniggalkan kampung halaman walaupon hanya beberapa bulan sahaja baru berada disini..

semoga anda semua..sesiapa sahaja yang membacanya agar sentiasa dalam lindunganNya..maaf jika diri ini banyak kekurangan banyak kelemahanya...jagalah diri kalian semua dari perkara..perbuatan..percakapan yang tidak baik..jangan ditangguh apa yang baik itu..ikutlah apa yang baik itu..yang buruk itu jadikan pengajaran..akan kami sentiasa doakan kejayaan kalian..jika ada masalah, mereka akan sentiasa ada untuk kamu..:)

salam sayang dari Moscow
2:07am

Saturday, November 19, 2011

Sangkut

dah lame x post rsnyer..banyk yg ingin dikngsi..bnyk yg ingin dicoret..ape yg difikr bnyk yg ingin diluah utk dikongsi bersama...tapi keadaan diri yg agk bz dgn exm yg tidak putus-putus membantutkan aku utk menulis ssuatu..mngu ni pon bnyk exm..so psiapkan diri anda untuk exm..moga dipermudahkan semuanya...tiada kejayaan tanpa pengorbanan...jumpe lg..:)

moscow
9.51am

Saturday, November 12, 2011

Hilang


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Tuesday, November 8, 2011

Entah

Mecca, Saudi Arabia
www.flickr.com/ohmoscow


Apakah permainan mereka..tengelam timbul...tiada jawapan..adakah sekeping gambar dapat menerangkan segalanya...tiada penjelasan yang diberi..yang ada hanya penglihatan yang dapat memberikan 1001 tanggapan kepada kamu..tanggapan itu mungkin baik..mungkin juga sebaliknya...tiada yang tahu..mereka tawar hati..tawar hati dan kecewa dengan sikap kamu..yang membuat sesuatu tanpa berfikir..dari kecil kamu diajar dengan cukup sempurna..dengan harapan kamu menjadi yang terbaik dalam hidup..tiada yang mampu dibuat..hanya berdoa untuk orang yang tersayang..moga semuanya baik-baik belaka...

Morning Moscow
4.59am

Monday, October 31, 2011

Kamu Yang Terbaik

Why me? Pushkin, Moscow
www.flickr.com/ohmoscow

Setiap orang berbeza cara pemikiranya..tidak boleh mengharapkan apa yang kamu fikir itu..itu juga yang difikirkan mereka..kebanyakan daripada kamu mungkin melakukan sesuatu dengan harapan mereka dapat memahami keadaan kamu...pengorbanan kamu..mungkin juga derita di jiwa yang ditanggung..Terasa kecewa dirasa apabila kepenatan..penat lelah..derita..pengorbanan yang dibuat tidak dihargai oleh orang disekeliling kamu..atau orang yang tersayang...mungkin itu amat mengecewakan hati..

Terangkanlah kepada mereka apa yang kamu rasa..apa yang kamu hadapai..tidak semestinya ia diceritakan dari awal..sudah cukup dengan cerita ringkas..sedikit sebanyak mereka dapat mengetahuinya...dan janganlah pula kamu berharap yang mereka akan memahami keadaan itu..mungkin mereka tidak pernah mengalaminya..menyebabkan mereka tidak boleh memberi pendapat atau merasai apa yang kamu rasai..ada sebab kenapa kamu berada disini mungkin juga disana..jangan kamu mengeluh dengan apa yang terjadi...sesungguhnya ia tidak pernah membantu dalam menyelesaikan masalah...kamu sudah dewasa dalam membuat keputusan..kamu tahu mana yang baik..mana yang buruk...cuba menerima keadaan itu dengan hati yang terbuka..fikirkan jalan penyelesaian jika perlu..dan kamu akan belajar untuk menyesuaikan diri denganya...

Setiap dari kamu ada kelebihanya..yang mungkin tidak ada pada diri mereka..jangan kamu kecewa dengan apa yang kamu ada sekarang..atau keadaan kamu sekarang..mungkin itu yang terbaik untuk kamu buat masa ini.mungkin juga itu sahaja yang kamu mampu lakukan buat masa ini..dan itu sudah cukup baik untuk kamu..buatlah sesuatu mengikut kemampuanmu..jangan lupa orang disekelilingmu..masyarakatmu..sesungguhnya kamu akan sentiasa memerlukan mereka dalam kehidupan ini..dan kamu akan jadi lebih baik untuk akan datang..jika usaha itu sentiasa ada dalam diri kamu..

Spartive, Moscow..:)
1:58am

C.D.I



Mungkin ini memang jalan takdirku Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia Dengan hidupmu, dalam hidupmu
Telah lama ku pendam perasaan itu Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah..hari ini seperti biasa, aku masih berkesempatan untuk bagun pada awal pagi..tatkala kawan-kawan masih enak dibuai mimpi di dalam selimut masing-masing. jika ikutkan hati..siapa yang sanggup bagun pada awal pagi..lebih baik tidur..banyak kekurangan pada diri..perlu berusaha lebih gigih, melihat mana kekurangan pada diri..untuk menjadi yang lebih baik..

dah masuk 2 bulan berada disini..masih dalam tahap meyesuaikan diri dengan kerja2 3rd year..minggu berkesempatan untuk berusrah dengan ahli-ahli baru buat kali pertama..membuat pengenalan..dan sedikit sebanyak membincagkan tentang hal2 dunia..

melihat keadaan pada zaman ini, dengan masalah sosial, hal2 dunia dan lain-lain lgi..menimbulkan kebimbangan dalam hati-hati mereka..pada usia remaja ini..mereka tidak boleh lari dari persoalan cinta..pada masa inilah..masing2 ingin mencari pasangan..ada yang bahagia..sanggup hidup semati..hanya satu dalam diri..kecewa..dan pelbagai lagi..namun hakikatnya..mereka buta dalam mengenali apa itu erti cinta sebenar..begitu mudah mereka menyerahkan harga diri mereka pada orang lain..yang tidak pernah ada kepastian bahawa si dia akan menjadi miliknya..mana terletaknya harga diri kamu? tiada lagi yang berharga dalam diri kamu..

bersambung...
*x sempat nak habiskan..kene sbg stdy plak..:)

nasihat untuk hari ini.. berfikir 2 kali sebelum membuat sesuatu perkara..fikirkan tentang orang disekeliling kamu..:)

moscow
2:37am



Thursday, October 20, 2011

Hidupku

9am-5pm: kelas

5pm-9pm: rehat, makan/masak/kdang2 stdy jgk..

9pm-2am: tido

2am-8am: study

inilah kehidupanku..entah ok ke tidak..yang pasti..tiada kejayaan tanpa pengorbanan..ceriakan hati anda selalu..

salam ceria dari Moscow
3.21am

Tuesday, October 18, 2011

A+B=?

*photo from St. Petersburg, Russia
www.flickr.com/ohmoscow

Keadaan memaksa mereka untuk membuat keputusan itu..walaupun itu bukan kehendak mereka..mereka kecewa tapi apakan daya..

dah lama x post kat blog..tiba2 terdetik untuk menulis sedikit sebanyak kisah yang berlaku...
alhamdulillah..dh msuk 3rd year..perjalanan masih berbaki 3 thun lagi..thun 3 merupakan tahun yang paling mengujiku..dgn stdy dan mcm2 lgi..kesibukn disini tiada sapa yang tahu..hanya mereka yang berada disini mengetahuinya...kdang2 sampai x cukup mkan..tido pon tidak menentu..keadaan ini kadang2 membuatkan kta tertekan dan tidak boleh membuat keputusan dgn betul..tidak mampu menolak..keadaan telah memaksa diri...memberi peluang melihat kelemahan diri..masuk hari ini juga genap satu bulan pemergian datuk..mendapat berita 2 hari selepas kematianya disebabkan ketiadaan internet..lagi menyedihkan bila aku hnya dapat menanyakan khbar 3 hari lepas, setelah hampir sebulan pemergianya..sungguh kesibukanku tidak pandai diurus dengan betul..dan pelbagai lagi cerita diantara kisah ini..kadang2 kesedihan ini..memberi peluang untuk memperbetulkan cara hidup aku..yang mungkin ada yang tidak betul..dan cuba untuk memperbaikinya kepada yang lebih baik dari dulu...sungguh disini tiada kehidupan..yang ada hanyalah aku dan buku...mungkin tiada yang tahu kebenaran disebalik cerita itu semua..yang ada mungkin hanya tanggapan dri hati..mungkin betul..mungkin juga tidak..bertanyalah kepada org yang mengalaminya sendiri..mereka lebih tahu..dan mereka tahu apa yang terjadi sebenarnya..

*Al-Fatihah untuk arwah datuk

insyaAllah yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dtg dri kelemahan diri sendiri..

salam dari moscow,
5.10am

Thursday, October 13, 2011

Tiada

usah dikau pergi kala hati kasihi...
usah dikau pergi kala jiwa ini mendambarkan diri
bisiklah... apa saja pastiku lakukan...
agar mampu beralih deritamu..
sedayaku asal terus bahagia....
masihku... perlu kata...-kata.. azimatmu...
untuk jadi laluan perjalananku..
agar hilang gelora hidupku
syurga dihatiku..hanyalah dirimu..

Monday, June 13, 2011

Manusia




Banyaknya dugaan hidup..hingga kadan-kadang mereka menjadi buntu..tidak tahu mana yang perlu diselesaikan dahulu...mereka penat..letih..dan mereka takut dengan ujian itu..
mereka cuba untuk mencari sesuatu yang boleh memberi ketenangan..tapi kadang-kadang ketenangan yang mereka cari itu salah..langsung tidak memberi kebaikan kepada diri mereka..

apa yang mmenjadi kebanyakan yang orang lain buat..itu juga yang mereka ingin lakukan..dengan harapan mereka dapat merasakan nikmat seperti orang lain juga..tapi sayang, bukan semua diantara mereka yang pandai menguruskannya..kadang-kadang terdapat simpulan yang akhirnya terputus ditengah jalan jika mereka tidak pndai untuk menguraikan simpulan itu..

mungkin itu satu ujian bagi mereka, mungkin bagi kamu tidak..kerana telah menjadi kebiasaan bagi kamu dalam kehidupan..bagi mereka yang baru pertama kali merasainya..mereka menganggap itu adalah satu ujian yang sangat besar..

dalam diri mereka tidak pernah ada yang tetap, sentiasa berubah...itulah manusia..yang mudah terpengaruh..mudah leka apabila mereka diuji dengan sedikit kesenangan..dan bila mereka diuji..mereka akan menyalahkan seseorang dan menganggapnya sebagai tidak adil..

itulah manusia..

Moscow
5.04am

Sunday, May 22, 2011

Klasik

assalamualaikum

Dh lame bnr x update blog..akhir2 ni sbuk dgn blja..exm pon dh nk dekat..terlalu sibuk dgn urusan dunia..hngga kdang2 melupkan/mengabaikn sstngh pkra yg menjadi kebiasaan..nk tulis pon x thu psal ape..yg tulis ni pon hnya yg terlintas di fikiran..

mndgr klasik fm mengingtkan ak ttg msia..ttg org kmpung..tnah tmpt asl ak..jika ad masa dgr2 lah lgu dlm klasik fm tu..lbih ssuai ddngr dripda dgr lgu yg hnya mengkhayalkan hati tpi tidk menenangkan..
trlalu sibuk dgn urusn dunia, skali skla tnyala khbar org kg..yg mngkin kte x thu..yg mereka sntiasa menanti kpulgn kta dn mndoakan kejayaan kta disini..sapalah mereka, supaya kta thu mana kta asal dtg..dgn sapa kta pernah trhutang budi..
jgn sskali jauhkan dri kamu dri mereka dgn ksibukn di bndar ini..jgn kamu ikut apa yg mereka buat dikota ini shngga hlang budya asl kamu..

insyaAllah ada masa trluang jumpa lg..:)

Moscow
12.22am


Monday, April 25, 2011

Takut

perasaan takut ini sentiasa menghantui diri...seakan-akan ini ujian yang paling besar yang pernah aku alami..tidak tidur malam..terketar-ketat walaupun dalam cuaca yang kepanasan..perasaan ini sangt kotor dengan hasutan...ya Allah..ampunilah aku..berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan...amin..

Tuesday, April 19, 2011

Sama

Apa yang salah itu ditegur..untuk diperbaiki atau mungkin untuk kebaikan kamu..kesalahan yang sama tidak boleh mengharapkan untuk orang sentiasa menegur..kebosanan itu pasti akan datang jika ini yang akan terus berlaku..dewasa kamu untuk berfikir mana yang baik atau sebaliknya..mana yang perlu atau sebaliknya..segala kebaikan itu untuk kamu jika apa yang kamu lakukan itu baik-baik sahaja..

happy holidays..:)

Moscow
3.53am

Sunday, March 27, 2011

Bukan Mudah


mereka diberi kasih sayang..sebagaimana orang lain memberi kasih sayang kepada orang yang mereka sayangi..kadang-kadang mereka tidak tahu membezakan mana kasih yang perlu dibagi mana yang tidak..tidak menjadi satu yang salah bagi memberi kasih itu..akan tapi kasih itu hendaklah ada batasnya...mereka memberi kasih tanpa had hingga satu masa orang yang mereka kasih itu tidak tahu untuk berdiri dengan sendiri..mereka tidak boleh membuat keputusan untuk diri dia..kerana mereka merasakan diri mereka lemah..tidak mampu untuk membuat apa-apa keputusan...dan mereka merasakan sangat perlu untuk seseorang membuat keputusan untuk dirinya...

Ego terlalu dalam, dalam diri...tolak ansur hilang dalam diri..sehingga mereka tidak tahu untuk merendah diri...bila merasakan diri mereka tercabar..maka akan keluarlah segala kata yang sudah lama terpendam...perbuatan itu mungkin boleh meringankan beban..tapi hakikatnya...sungguh jauh dari satu penyelesaian...

belajarlah kamu untuk mengenali diri, diri kamu dan juga orang disekeliling kamu..
kamu hidup dalam masyarakat yang pelbagai..dan kamu harus tahu mana yang perlu mana yang tidak...kurangkan ego kamu, hidup dalam sederhana..saling memahami..dan membantu mana yang perlu...dan suatu hari kamu akan tahu..itulah hakikat hidup sebenar..

Moscow
10.00pm

Thursday, March 3, 2011

Kesenangan

Terlalu banyak kesenangan membuatkan kita lupa akan siapa diri kita yang sebenar, tempat asal kita..sudah hilang rasa syukur didalam hati...kehidupan di negara orang banyak mengajar erti bersyukur..bila dibandingkan dengan tempat tumpah darah sungguh ia amat berbeza sekali..berada di tempat orang yang penuh dikelilingi dengan warna perang dan pckapan yang lain..sungguh amat memeritkan kalau dikenangkan kembali..terasa amat kecil sekali. hidup disini semuanya tentang berdikari..jika tidak ada semngat itu dalam diri maka akan matilah kamu disini. segalanya perlu dibuat sendiri..tanpa bantuan orang lain..kalu ada hanya kawan-kawan seperjuangan..jika diingatkan kembali banyka yang telah dipelajari dari pengalam disini yang sangat bernilai..yang mungkin tidak ada pada semua orang..suka duka hidup...lumrah hidup di dunia...teruskan...

Moscow
3.25am

Tuesday, March 1, 2011

Jangan


setiap orang lain hidupnya...jangan kamu memperlekehkan mereka..semata-mata mereka tidak mempunyai kelulusan yang tinggi..tidak mempunyai pekerjaan yang bergaji tinggi..jangan kamu berlagak sombong dengan apa yang kamu ada sekarang....mempamerkan apa yang kamu ada yang tidak bleh dimiliki oleh orang lain..berlagak dengan apa yang kamu pelajari sekarang...sesungguhnya..rezeki itu telah Dia tetapkan untuk setiap hambaNya..hormati mereka sepertimana kamu menghormati orang disekeliling kamu...dan mereka adalah sebahagian kecil dari hidup kamu...sejenak...

Moscow
2.21am

Sejenak

Kehidupan di dunia semakin rumit..satu persatu masalah timbul..tidak pernah ada satu hari tanpa masalah...sungguh ia amat menguji kesabaran..masing-masing sibuk dengan masalah mereka...(lepas ke tak exam?bnyk kerja nk dibuat..stress, dpt tak kje nnti, nak kmpul duit bnyk2, bila nk kawin?sape jodoh aku?.... antara persoalan yang boleh dikatakan difikirkan dalam kehidupn seharian mereka..namun amat sedikit untuk kita berfikir tentang akhirat..persediaan utk ke persingghan yg terakhir..kamu sudah besar...kamu telah dididik dengan sempurna oleh kedua ibu bapa kamu...kamu tahu mana yang betul..mana yang salah..fikirlah tentang masa depan kamu..ubahlah perangai kamu...ubah yang mana kamu rasakan itu adalah salah..seimbangkan yang mana kamu rasa ada yang berat sebelah...dan kamu boleh memikirkannya...kerna kamu ada akal...cukuplah berperangai seperti kebudak-budakan...kamu sudah besar panjang...berfikirlah secara matang..tahu menguruskan diri sendiri...berfikirlah untuk kebaikan diri..untuk keselesaan orang di sekeliling kamu...dan itu adalah yang terbaik...moga semua baik-baik belaka...sejenak...

Moscow
1.59am

Monday, February 21, 2011

Satu soalan???klu nk jawab

Mana yang lebih baik..seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang mempunyai latar belakang agama yang agak tinggi dengan seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang mempunyai latar belakang agama yang kurang tapi dengan niat lelaki itu ingin mendidik perempuan itu menjadi lebih baik, akhlak dan agamanya???

jgn segan2 pg pendpt..sila komen..hehe

Hebat

Memahami seseorg buknlh satu perkra yg mudah..lebih2 lagi apabila mereka dalam 2 bidang yang sngt berbeza..math xkn knl sains dan sains xkn knl math..sungguh itu satu perkara yang amat rumit..tapi apabila ia digabungkn mnjadi satu maka akan terhasilah satu kombinasi yg sngt hebt..yg tidak ada pada org lain..yg pasti ia satu perkara yang amat sukar..dan hebatlah kamu jika bleh mngabungkan dua dunia yg berbeza ini...

Moscow
2.09am

Thursday, February 10, 2011

Orang cakap

betola org ckap smkin bnyk kte bace smkn bnyk kte x thu...begitu jga dgn org..smkn mngnali ssorg smkin bnyk kte x thu tngttg die..maka akan timbulah pelbagai syak wasangka..yang mana sesiapa yang tidak pndai mengurskanya akn berakhir dgn kehancuran..dan kesedihan...

Terengganu
9.13am

Sunday, February 6, 2011

Amik gbr....:)

tiga hari tanpa henti ak pg wedding photoshoot..tersngtlh letih..tpi mmg enjoy..berbaloi bal8 kali ni..huhu.

hari ptma:
akad nikah d masjid, pngantin pilih untuk mjls akad nikah pda wktu mlm, slps isyak..d msjid..ak smyg mgrib n isyak kat msjid tu n setting2 brg..smbil tnggu pngtin dtng..lame jgk tnggu..kol 10.30 bru bleh strt mjlis..huhu. shoot wktu mlm amtlh mncbr..ligting mmg kurg..so kne gune flash..nk gune flsh plak..xleh nk bounce kt ats coz tnggi sngt..so ak amik kptsn utk bg flsh direct kat depn..mmg2 mncbr..mjls berakhir pkol 11.45pm..lps tu ak trus blk ke rumh..tmpng rumh mak mertua abg ak..huhu.coz esk kne smbg lg..

hari kedua:
mjlis start kol 3 ptg..tpi ak dh pg kol 11 pg lg coz nk prepre sume..nk amik gbr dri mke up smpai hbis mjlis..tema pngantin ni wrna merah bjunya..tpi diorg pnyer plmin cam gothic ckit..haha
wrne hitam n merah..ade putih ckit..tpi mmg cntik sngt2..wrne mmg timbul..yg mntapnyer sal pngtin ni diorg bleh tukr 3 psang baju dalam masa 1 petg je..bju merh untuk psanding..hitam putih untuk amik gmbr..n bju gown untk mjlis mkn n potong kek..mmg hebt..alhamdulillah semua bjlan lancar spnjang mjlis tu..wktu sesi bgmbr ngn kluarga..flsh abg ak bg wrning..hbs bttry..huhu.pstu die suh gnti tmpt die..ak pon snap la..dlm 10 kping cmtu..bttry ak plak wat hal..haha..nsb beik ad bttry spre..ak blik pkol 7.30pm dri rumh pngantin..hari kedua ak balk ke tergganu..esk ak dtg lg..drive sorg2 dri kuala terengganu ke besut..huhu

hari ketiga:
yg ni paling best..hri sbtu diorg free..so ktorg bcdang untk wat outdoor phtoshoot..d pntai bukit keluang..tmpt tu mmg cntik n stratgik untk amik gbr..sesi ni strt pkol 4ptg-8pm..sngt2 lame..ade gua kat sane..so ak try tknik ring..n asp..mmg mnjadi...ak puas hti hri tu..tpi hri tu adlh hari yg pling ltih..bl8 rumah trus pngsan tido...haha...nnti ak uplod gbr pngtin..bleh tngok kat fb..bye2

Terengganu
10.27am

Sunday, January 30, 2011

Tak Tahu

Hidup ini sangat rumit..tidak tahu untuk aku ungkapkan bagaimana..apa yang aku cari??entah. aku sendiri pun tidak pasti..sungguh aku sudah letih umtuk bermain dengan semua ini...begitu sukar untuk memenuhi hati seseorang..bukan satu perkara yang senang untuk membuat orang lain faham akan keadaan kita..penderitaan yang kita tanggung..tidak ada orang lain yang tahu...bagaimana harus aku dan kamu ingin nyatakan kepada semua tentang keadaan diri kamu..adakah mereka faham akan kepedihan dan kehancuran yang kita alami sekarang...adakah mereka akan mengerti...aku sendiri tidak pasti..apakah yang harus aku lakukan..apakah jalan yang terbaik untuk masalah ini...sesungguhnya ini merupakan sebahagian dari masalah dalam kehidupan..dan suatu hari nanti akan berlaku sesuatu yang mungkin akan mengubah hidup itu..tpi persoalannya bila??dan aku terus menanti..menanti akan ada satu perkara yang sentiasa mengembirakan hidup ini...dan itu yang pasti..

Terengganu, Malaysia
7.00pm

Sunday, January 23, 2011

Moscow-Abu Dhabi-Kuala Lumpur

Masing-masing ada hala tuju mereka sendiri.. kadang- kadang mereka tidak pasti dengan destinasi yang ingin dituju.. mereka keliru dalam membuat keputusan..berseorang dalam menuju ke sesuatu destinasi bukanlah satu perkara yang menyeronokkan.. kadang- kadang mereka perlu dibimbing oleh orang kedua.. barangkali mungkin itu guna orang yang kedua... menegur mana yang salah mana yamg betul.. pelbagai tempat yang dituju.. maka pelbagailah ragam manusia..sungguh itu amat menyeronokkan.. jika kamu pandai melihatnya... Abu Dhabi. 10.49pm (local time)

Friday, January 21, 2011

Tiada batas

Walaupun mereka diperingatkan berkali-kali...mereka tetap melakukan perkara yang sama..mungkin juga kamu..mungkin juga aku..sungguh ia amat memerlukan kesabaran yang tinggi..mereka yang berfikir dulu sebelum membuat sesuatu keputusan atau berfikir dulu sebelum berkata-kata adalah mereka yang tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dalam hidup mereka...

Moscow
1.35am

Monday, January 17, 2011

Balik vs Exam


InsyaAllah 5 hri lg akn bl8 ke Malaysia..huh..x sbr rasenyer..thanx kpda fama yg menaja tiket pergi n balik dari Moscow ke Kuala Lumpur..wlupon cutinyer agk pndek tpi ia akn mnjdi saat yg pling brmkna yg tidk trnilai hrganya..sblom tu ad exm histology dlu..huh..x thu la cmne..bce tu ade la bce jugk..hurm..lyan je la..insyaAllah sume akn ok..

Moscow
1.25am

Saturday, January 15, 2011

Dah dapat..


Adakah menjadi satu sifat kebanyakan manusia..apabila mereka akan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka masih tidak dapat..walaupun itu satu perkara yang belum pasti untuk mendapatkannya..dan apabila mereka sudah mendaptkan apa yang mereka inginkan..lalu mereka akan mengabaikannya sedikit demi sedikit...mungkin dari segi layanan..mungkin juga dari segi percakapan...sungguh itu akan menjadi satu yang menyedihkan bagi yang diabaikan...menjadi lumrah hidup dalam kebanyakan orang..tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dapat...bukan pengorbanan yang dilihat..tapi keindahan yang dicari semata-mata..hanya indah dimata..dihati tidak..

Moscow
7.31am

Thursday, January 13, 2011

Ragu


Suatu perhubungan yang tidak dimulakan dengan perkenalan..tidak tahu asal usul mereka...tidak tahu cara hidup dia...tidak tahu tingkah lakunya..boleh membuatkan seseorang itu ragu dengan perhubungan mereka...masing-masing akan meragui setiap perbuatan yang dilakukan oleh sama ada kawan atau mungkin juga teman istimewa..suatu hubungan yang tidak ada persefahaman akan menyebabkan setiap perkara yang dibuat akan dipersoalkan dan diragui...apa yang kamu buat?kemana kamu keluar?dengan siapa?dengan sapa kamu sms?..smua itu akn dipersoal...mereka tidak yakin dengan apa yang kamu buat..tidak tahu sama ada kamu jujur atau sebaliknya...haha.. masing-masing akan menguji dan diuji kesetiaan mereka...bukan senang untuk menyatukan dua perwatakan yang berbeza..mungkin ia akan mengambil masa yang lama..jika itu adalah pilihan kamu..kenal lah dulu perwatakan kamu..dan juga pasanganmu...sesungguhnya itu adalah jalan yang terbaik...maka tidak akan ada yang diragui lagi..


Moscow
2.53am

Monday, January 10, 2011

Takut

Tak semua orang tahu apa yang kita lalui sekarang..resah..curiga..takot..semuanya bermain dalam fikiran sekarang..mungkin menjadi sesuatu yang normal untuk perasaan itu muncul lebih-lebih lagi hari yang dinantikan itu semakin hampir..pelbagai perasaan yang sedang bermain dalam fikiran..entah lepas atau tidak..semuanya masih belom terjawab..mungkin orang lain tidak akan faham apa yang kita alami sekarang oleh sebab mungkin mereka tidak berada di tempat kita sekarang..dan tidak ada sebab untuk memarahi mereka...siang malam aku berusaha..penat, lelah tuhan saja yang tahu..tidak boleh digambarkan..insyaAllah pada 12/1/2011 aku akan menduduki peperiksaan akhir untuk subjek Anatomy..yang mungkin sesetengah pelajar menganggapnya 'killer subject'...moga dipermudahkan semua..agar aku dapat menjawab dengan sempurna dan berjaya..

Moscow
2.03am

Sunday, January 9, 2011

Tidak Lagi Bermakna


Bila cinta ini tidak lagi bermakna...yang tinggal kini hanya sia2.kerna dilupakan oleh cinta yang pernah ada dulu..dulu kau tawarkan betapa manisnya janjimu...tanpa aku sedar..aku mengikatnya dengan setulus hatiku..hingga suatu hari..kau pergi meninggalkan aku...cinta yang hilang itu..benar-benar menusuk hatiku..sampai satu masa aku telah mengambil keputusan untuk memilih cinta yang fana..perginya dirimu..sungguh menghancurkan hati...sehingga aku sendiri dipermainkan dengan harapan yang hampir mustahil..aku rebah dan tersungkur..dalam setiap doaku...ku sebut namamu...agar dirimu lebih kuat dari yang dulu..

#Ak cbe menghuraikn mkna disbalik lirik ini..movie n drma die agak best..so saje2 bosan2..huhu

Ost: Lagenda Budak Setan

Moscow
6.16am

Friday, January 7, 2011

Wow


haha..aku x thu mknan ni ape..tpi org pngil die carbonara btol ke x..haha..ni fst time rsnyer ak try..roomate ak yg buat tdi..sdpnyer hngga x terkata..haha. nwy..thanx to my roomate Amirul Fakri yg bg aku rse mknan ni..dh la sblom tu ak mkn nsi ngn smbal sotng dah..pstu die bg mknan ni plak..huh gmok la ak sini..bnyk jgk ak mkn klu nk cmpre ngn lst year..kurus melidi..haha. k..smbg stdy anat..x hbs lg ni..huh

Gembira


Tidak ada yang lebih mengembirakan daripada melihat mereka..mendengar suara mereka..yang sentiasa memberi semangat untuk aku terus berdiri..yang sentiasa memperingatkan aku pada Dia..moga mereka dalam sihat semuanya...

Moscow
5.01pm

Sempurna

Terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam semua perkara..hingga merana diri...

Moscow
3.32pm

Thursday, January 6, 2011

Buku Merah


Takala aku sedang belajar anatomy..tiba-tiba aku terpandang pada sebuah buku kecil yang berwarna merah..yang telah aku terima sebulan yang lepas dari dekan..aku membukanya dan melihat isi didalamnya..tidak sabar untuk menunggu hari itu tiba..masa dimana dua benua bertemu..yang terpisah hampir enam bulan sudah..yang mengambil masa hampir 20jam untuk menemukan dua benua ini..sungguh aku teramat rindu saat itu...dan menanti saat itu tiba..adapun begitu...ada halangan yang harus ditempuhi sebelum saat itu tiba..final exam anatomy dan histology harus ditempuhi...yang pada masa ini ketakutan menguasai diri..sungguh tiada yang mampu aku lakukan selain berusaha dan berdoa..dan seterusnya aku berserah...moga dipermudahkan semuanya...

Moscow
12.09am
Kenapa mesti berbohong jika mereka tahu itu satu perbuatan yang salah..tiada kejujuran..tiada keikhlasan dalam diri mereka...

Moscow
1.16pm
Mereka terus mengejar apa yang tak dapat..apabila dah dapat, maka mereka akan abaikan apa yag telah dapat dan terus terus mengejar apa yang tak dapat lagi..

Moscow
2.05am

Wednesday, January 5, 2011

Berbeza

Mungkin kamu dibesarkan dengan penuh warna hijau..dan mungkin aku dibesarkan penuh dengan warna kelabu..barangkali mungkin itu yang membezakan mereka..mungkin juga sebaliknya...kawan-kawan yang turut membesar bersama mereka dengan penuh keseronokan..tiada beza pada mulanya di mata Dia..hanya mereka yang telah mengubahnya..mereka sudah besar..sudah pandai membezakan antara baik dan buruk..mereka boleh menilainya..dan mereka terus berlari..berlari mengejar kehidupan yang dicari...

RT: Mengapa Part 1 & 2

Moscow
4.51am

Tuesday, January 4, 2011

Santai2

Arini tak x pape nk d tulis..so x forml sngt arini..huhu..arini sje nk kngsi srba sdkit ttg dri ini..yg mngkin korg dah thu atau mngkin tidak..yg basic2 mngkin korg dh tahu..huhu. rmai org ttnya2 asl die ni srius smcm tls kat blog..haha. sblom tu ak nk mntk maaf dri hjung rmbut hngga hjung kaki kalu ade yg d post mngundang rasa tidk puas hati..atpon tidk slse..tdk bniat pape..hnya mnlis untk dkngsi bsama..yg mngkin ak pernh alami..mgkin jga korg prnah alami..yg d tulis itu hnyalah bdsrkan pndgn ak yg mngkin slah atau mngkin btol..dri dlu lg ak mmg cmni..sngt suke mmrhatikn org d sklilingku..tidk kire org awm atupn kwn sndri..cra merka bckap..cra mrka bjlan..cra mrka mkn..sstngh org mngkin mgngp pkra itu remeh, dn tidak prlu dfikirkn..mgkin sstngh org itu yg dlihtnya wlaupon pkra itu remeh...ak suke meliht gelgt mansia skang yg bermcm2 ragam..ade yg stress psl blja..ade yg tkot..ade yg sdih sbb ptus awek..ade yg gduh ngn fmly..ade yg dhina..ade yg mghina..n mcm2 lg..sngt indh setiap peistiwa itu klu dingtkan bl8..pkra/mslh itu mgkin x pnh dialami oleh kte..yg mgkin hnya pnh tjdi kat org lein atau kwan2 kte..kmdian dri situ ak cube mmrhati..melht bgaimana mslh itu bleh tjdi..n mngambil pngjran drpda mslh tsbut..kemudian ak tls bl8 dlm blog ini..spya dpt dkngsi bsama..bleh dktkan bnyk jga pnglman yg ak ade hnya bdsrkan mslh yg prnh dialami oleh org lein..tidk trnilai hrge pnglaman trsbut..so..trma ksih bnyk2 kpda org2 yg telh mnctuskan msalah..so rsnyer..tak x pape yg nk cite dh..klu ade pape nki tnyer..bleh hntr komen..or post kat"tnyer je." huhu. nk sbg stdy plk..ade exm mngu dpn..antomy..doakn jgk yer..

mgkin bleh kngsi ckit yg mngkin mnjdi prsip..huhu

# jgn trlalu bnyk bckp..krna bnyk mslh yg tmbul dri mulut..bckp hnya yg pnting2 shja..lbih beik mndiamkn dri drpda bckp pkra yg x bfedah..

# bnykkan bfikir ttng msalah dskliling..kerna itu yg mmbntu mematngkn kte..dh bsar kan..huhu

Moscow
2.27am

Monday, January 3, 2011

Mengapa Part 2

Mengapa itu yang mereka tuturkan..seolah-olah telah menjadi perbualan harian dalam kehidupan mereka..apakah tidak ada perkataan lain untuk digunakan..barangkali kehidupan disekeliling mereka yang membuatkan mereka jadi begitu..dan jangan sesekali kamu berasa marah jika itu yang dinilai orang ke atas dirimu..kerna itu adalah yang kamu tuturkan..dan sesungguhnya itu melambangkan sifatmu dan tingkah lakumu..

Moscow
4.58am

Saturday, January 1, 2011

Kamu Yang Terbaik Part 3

Hidup ini penuh dengan pencarian..mereka terus mencari sesuatu yang tak pasti..kadangkala kita tidak tahu apa yang dicari..dan mereka terus meniti kehidupan ini seperti biasa..barangkali mungkin aku adalah langit dan kamu adalah bumi..dan jika kamu rasakan mungkin lebih baik untuk menjadi langit..maka tidak akan ada beza antara kita..dan ku tahu kamu adalah orang yang baik..seperti yang ku kenal dulu..yang ingin menjadi yang terbaik dalam hidup..dan itu yang aku pasti..



Moscow
5.12pm