OX PRODUCTION

Friday, December 2, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih memberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan ini..rasa sedikit tenang bila boleh dikatakan 70% kesibukan sepanjang 3 minggu ini telah hilang..sepanjang 3 mngu ini banyak juga perkara yang terjadi kepada diriku..aku belajar..dan terus belajar..pada masa yang sama ada sesuatu yang menganggu fikiran ak..hati aku..agak lama ia menghantui..tanpa sebarang tanda, tanpa sebarang penyelesaian..agak menyeksakan juga..aku cuba merungkai..cuba mencari mana puncanya..apakah yag berbeza dari dulu dan sekarang..apakah yang kurang..apakah yang lebih..hari demi hari terus berlalu..melihat kepada jadual harianku, masih sama seperti dulu..tidur dahulu dan kemudian bangun untuk study..namun masih ada sesuatu yang kurang..masih mencari jawapan.


Alhamdulillah tidak lama juga aku menjumpai jawapan itu, jawapan itu telah mmbuka kembali mata aku tentang apa yang terjadi sebenarnya sekarang..tiada guna kejayaan kamu itu jika hubungan kamu dengan orang sekeliling tidak dijaga, hubungan kamu dengan Pencipta tidak dijaga..lama tidak bertanyakan khabar orang kampung..lupa akan mereka yang kita tidak tahu..yang sentiasa mendoakan kejayaan kita disini...usaha yang ada tanpa tawakal, redha tidak membawa ketenangan dalam mencari ilmu..

Alhamdulillah aku diperlihatkan dengan semua itu, sedar kembali akan apa tanggugjawab aku yang pernah difikirkan dulu untuk orang sekeliling..barangkali mungkin itu tujuan aku dicipta..sungguh kesibukan disini sedikit sebanyak memendungkan mataku..memendungkan pemikiranku...aku melihat kembali dunia sekelilingku..mungkin diantara mereka ada yang telah berubah, mungkin juga tidak..yang dulunya tidak banyak aku fikirkan..perubahan mereka mungkin ada yang baik..mungkin juga ada sedikit yang buruk..dan itu semua lumrah alam..yang akan memberi peluang kepada kita untuk merungkai isi hati dunia..yang mungkin tiada orang yang dapat mencari jawapanya...jawapan diri itu semuanya betul jika diikutkan..tanyalah kepada yanf ke-2 mungkin juga ke-3 dan seterusnya..yang mungkin jawapan mereka itu lebih baik dari kamu..hormatilah keptusan yang dibuat oleh setiap orang..tidak boleh dipaksa..cara mereka berfikir mungkin lain..mungkin tidak sampai atau mungkin lebih dari apa yang kita fikirkan..tiada guna memarahi..tiada guna berdendam dengan tindakan mereka..mereka mungkin memerlukan masa untuk mengubahnya..mungkin mereka perlukan yang lain untuk dibimbing..dan setiap dari mereka ada kebaikan..ada kelebihan yang tersendiri..dan alhamdulillah aku telah berada disini..insyaAllah 12/1/2012 ini sedikit ujian dunia akan dihadapi iaitu microbiogy..dan selepas itu bercadang untuk pulang ke tanah air..terasa lama sudah meniggalkan kampung halaman walaupon hanya beberapa bulan sahaja baru berada disini..

semoga anda semua..sesiapa sahaja yang membacanya agar sentiasa dalam lindunganNya..maaf jika diri ini banyak kekurangan banyak kelemahanya...jagalah diri kalian semua dari perkara..perbuatan..percakapan yang tidak baik..jangan ditangguh apa yang baik itu..ikutlah apa yang baik itu..yang buruk itu jadikan pengajaran..akan kami sentiasa doakan kejayaan kalian..jika ada masalah, mereka akan sentiasa ada untuk kamu..:)

salam sayang dari Moscow
2:07am

No comments: