Hari ni dan beberapa hari berikutnya, diramalkan akan berlaku ribut salji di moscow dan kawasan sewaktu dengannya. Tahun ni lambat sikit salji turun..mungkin die simpan dlu kot..tnggu bagi keluar semua skaligus.. Huhu..
Kadang2 dengan melihat keadaan sekeliling, baru aku sedar tentang diri ini. Melihat salji memutih di atas jalan pada pukul 4 pg.. Dikala semua orang lena dibuai mimpi..bru aku sedar ini bukanlah tempat asalku..hakikatnya aku hanyalah seorang perantau..yang datang mencari ilmu.. Yang tempatnya sungguh berlainan dari tempat asalnya.. Tiada yang istimewa tentang diri ini..yang ada kala masih mencari identiti diri..
Kadang2 kita perlu mungubah sesuatu untuk mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling..tetapi mereka yang bijak ialah mereka dapat menadaptsi diri, dan mereka masih berpegang dengan apa yang mereka yakini..mereka menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekeliling dan dengan apa yang ada telah diajar oleh agama mereka.. Namun bukan semua dapat menyesuaikan diri seperti begini..ada sesetengah hanya berjaya mengambil yang satu itu sahaja..yang satu lagi dibiarkan.. Dan mereka terus dengan yang satu itu.. Semoga kita jauh dari semua itu.. Semoga kawan2 yang "kelihatan ingin jatuh dek kerana jalan yang diliputi ais yang licin dapat diselamatkan dari terus jatuh tersungkur" peringatan untuk diri ini juga yang lemah..
Salam kesejukan dari moscow
4:15am
OX PRODUCTION
Wednesday, December 21, 2011
Sunday, December 18, 2011
Itulah Kita
Dalam mencari erti hidup sebenar, pelbagai perkara harus ditempuhi. Ianya tidak semudah seperti yang diungkapkan, banyak yang perlu dipelajari. Kebanyakan dari kita berubah berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui, tidak kurang juga perubahan yang dilakukan kerana kesilapan yang pernah dibuat. Hidup itu cukup indah jika kita tahu carany, cara yang diredhainya. Cara hidup setiap orang mungkin berlainan, tapi matlamat setiap dari mereka adalah sama. Untuk mengungkapkannya dengan kata-kata adalah sesuatu yang senang, akan tetapi kebanyakan dari kita mempunyai perbuatan yang tidak sama dengan apa yang diungkapkan. Itulah manusia yang serba kekurangan, yang datang mencari Pencipta bila susah melanda dan melupakanNya ketika senang dinikmati. AgungNya Dia yang menerima setiap taubat hambanya yang inginkan perubahan, namun masyarakat sekeliling belum tentu lagi menerima taubatnya, dan sekali lagi itulah manusia yang menghukum golonganNya sendiri lebih dari PemilikNya.. Moga kita sentiasa dalam lindunganNya.. Jagalah diri ini selalu. Sentiasa ingat kepada kesedihan, ia yang mengajar tentang mengenal siapa diri kita yang sebenar dan supaya kita tidak lalai.
Salam subuh:
7:10am
Salam subuh:
7:10am
Sunday, December 4, 2011
Tunggu Sekejap..
Alhamdulillah..tiket dah beli untuk pulang ke tanah air..kali ni Cathay pacific menjadi pilihan hati..huhu..Cathay Pacifc merupakan airline yang ke-4 aku selepas etihad, qatar dan emirates...kite tngk camne srvice yg disediakan oleh Cathay Pacific nanti..diantara sume airlines ini..emirates masih diangap paling selesa bagi ak dalam semua aspek..makan..entertainment..seat dan sebagainya...
walaupun belum pulang..walaupun cuti aku lebih kurg 1 bulan...tapi jadual cuti aku ketika pulang nanti seakan-akan kelihatan telah penuh..dengna aktiviti..dan beberapa urusan lain yg perlu diselesaikan..x sabar rasanya untuk melihat KLIA..Terengganu...walaupun acap kali..akan tetapi tidak pernah jemu rasa dihati ini...cinta itu tetap pada tempat asalku...terasa penat mencari ilmu dinegara orang..sedikit sebanyak..pulang ke kampung halaman menjenguk orang kampung dapat menghilangkan penat seorang perantau..sehingga jumpa nanti..happy sunday...:)
Rindu dari Moscow,
2.31am
Saturday, December 3, 2011
Apa makna cinta?
Menjadi satu persoalan, sejauh mana mereka faham tentang erti cinta, apakah yang mereka faham tentang maksud CINTA dan kasih sayang..adakah ucapan manis, janji setia, bunga, membeli barang yang mahal2, berpegangan tangn, berpelukan?? adakah itu yang menjadi jawapan kepada maksud cinta itu?? boleh dikatakan mereka yang berusia dalam linkungan 20an telah merasai bagaimana cinta..dan mungkin juga ada yang telah mencipta cinta tidak kurang juga ada yang telah pernah berpisah. setiap dari kta mempunyai pengalamn yang tersndiri yang mungkin orang lain tidak pernah merasai konon-kononya kita pernah merasai cinta yang agung..masing2 boleh menilai apa yang kamu buat..dan harus kamu ingat setiap penilaian itu berbeza kerana manusia itu berlainan keupayaan mindanya..
Kebanyakan mereka yang melakukan sesuatu oleh kerana CINTA dianggap bodoh dan tidak matang..kenapa mereka dituduh sebegitu???oleh kerana mereka melakukan sesuatu untuk cinta mereka dan pada masa yang sama mereka tidak tahu apakah cinta itu sendiri...
setiap dari kita ada pilihan yang boleh dibuat..dan ia terpulang kepada kamu sama ada ingin memilih jalan itu atau jalan ini..sejauh mana kamu melihat cinta itu..adkah hanya untuk 5thun, 20 thun atau 30 tahun..atau selamanya...sudah tentu kamu akn menjawab "mestilah untuk selama-lamanya" namun sayang..perbuatan kamu itu langsung tidak menunjukkan cinta itu untuk selama-lamanya..Dan persoalanya seterusnya terserah kepada kamu kepada kamu untuk menjawabnya..panduan, nasihat dan pengalaman itu telah ada..HANYA TINGGAL KAMU SAHAJA UNTUK MELAKSANAKANNYA..
Salam rindu dari moscow
3.33am
Friday, December 2, 2011
Alhamdulillah
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih memberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan ini..rasa sedikit tenang bila boleh dikatakan 70% kesibukan sepanjang 3 minggu ini telah hilang..sepanjang 3 mngu ini banyak juga perkara yang terjadi kepada diriku..aku belajar..dan terus belajar..pada masa yang sama ada sesuatu yang menganggu fikiran ak..hati aku..agak lama ia menghantui..tanpa sebarang tanda, tanpa sebarang penyelesaian..agak menyeksakan juga..aku cuba merungkai..cuba mencari mana puncanya..apakah yag berbeza dari dulu dan sekarang..apakah yang kurang..apakah yang lebih..hari demi hari terus berlalu..melihat kepada jadual harianku, masih sama seperti dulu..tidur dahulu dan kemudian bangun untuk study..namun masih ada sesuatu yang kurang..masih mencari jawapan.
Alhamdulillah tidak lama juga aku menjumpai jawapan itu, jawapan itu telah mmbuka kembali mata aku tentang apa yang terjadi sebenarnya sekarang..tiada guna kejayaan kamu itu jika hubungan kamu dengan orang sekeliling tidak dijaga, hubungan kamu dengan Pencipta tidak dijaga..lama tidak bertanyakan khabar orang kampung..lupa akan mereka yang kita tidak tahu..yang sentiasa mendoakan kejayaan kita disini...usaha yang ada tanpa tawakal, redha tidak membawa ketenangan dalam mencari ilmu..
Alhamdulillah aku diperlihatkan dengan semua itu, sedar kembali akan apa tanggugjawab aku yang pernah difikirkan dulu untuk orang sekeliling..barangkali mungkin itu tujuan aku dicipta..sungguh kesibukan disini sedikit sebanyak memendungkan mataku..memendungkan pemikiranku...aku melihat kembali dunia sekelilingku..mungkin diantara mereka ada yang telah berubah, mungkin juga tidak..yang dulunya tidak banyak aku fikirkan..perubahan mereka mungkin ada yang baik..mungkin juga ada sedikit yang buruk..dan itu semua lumrah alam..yang akan memberi peluang kepada kita untuk merungkai isi hati dunia..yang mungkin tiada orang yang dapat mencari jawapanya...jawapan diri itu semuanya betul jika diikutkan..tanyalah kepada yanf ke-2 mungkin juga ke-3 dan seterusnya..yang mungkin jawapan mereka itu lebih baik dari kamu..hormatilah keptusan yang dibuat oleh setiap orang..tidak boleh dipaksa..cara mereka berfikir mungkin lain..mungkin tidak sampai atau mungkin lebih dari apa yang kita fikirkan..tiada guna memarahi..tiada guna berdendam dengan tindakan mereka..mereka mungkin memerlukan masa untuk mengubahnya..mungkin mereka perlukan yang lain untuk dibimbing..dan setiap dari mereka ada kebaikan..ada kelebihan yang tersendiri..dan alhamdulillah aku telah berada disini..insyaAllah 12/1/2012 ini sedikit ujian dunia akan dihadapi iaitu microbiogy..dan selepas itu bercadang untuk pulang ke tanah air..terasa lama sudah meniggalkan kampung halaman walaupon hanya beberapa bulan sahaja baru berada disini..
semoga anda semua..sesiapa sahaja yang membacanya agar sentiasa dalam lindunganNya..maaf jika diri ini banyak kekurangan banyak kelemahanya...jagalah diri kalian semua dari perkara..perbuatan..percakapan yang tidak baik..jangan ditangguh apa yang baik itu..ikutlah apa yang baik itu..yang buruk itu jadikan pengajaran..akan kami sentiasa doakan kejayaan kalian..jika ada masalah, mereka akan sentiasa ada untuk kamu..:)
salam sayang dari Moscow
2:07am
Subscribe to:
Posts (Atom)