OX PRODUCTION

Sunday, December 26, 2010

Kamu yang terbaik part 2



Setiap orang ada hak untuk berubah..hanya bergantung atas dirinya sahaja sama ada untuk berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya..kadang-kadang kita menganggap perkara ini sangat remeh..hakikatnya ia amat membantu dalam memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik..boleh dikatakan setiap hari akan timbul pelbagai masalah dalam kehidupan seharian kita, tidak kiralah sama ada masalah itu besar ataupun kecil, sama ada masalah pelajaran mahupun di tempat kerja..jika dilihat kembali semua masalah tersebut, ada sesuatu yang dapat dipelajari..mereka mengajar kita untuk melihat kembali masalah itu, dan berfikir..berfikir untuk mencari jalan penyelesaian dimana pada akhirnya ia akan memberi pengalaman..pengalaman yang sangat berharga dan mungkin tidak semua orang pernah melaluinya..dan dengan pengalaman itu jugalah kita dapat membantu orang lain dimana mereka mungkin mengalami masalah yang sama seperti kita dahulu..dan disitu jugalah merupakan satu permulaan kepada sebuah perhubungan baru..sungguhpun..telah banyak pengalaman yang aku alami..yang banyak membantu aku untuk berfikir lebih matang..membantu orang lain yang mungkin mengalami masalah sama seperti aku dahulu..sudah dua tahun aku berada di bumi Moscow, satu negara yang cukup berbeza dari segi bahasa dan budayanya jika hendak dibandingkan dengan Malaysia..(bersambung)

No comments: