OX PRODUCTION

Thursday, January 26, 2012

Bermakna


Terasa hidup ini bermakna dan ceria pabila dapat memberi sedikit khidmat kepada masyarakat..pagi tadi diadakan sat program yang dinamakn Fun with English..dimana para pesertanya adalah terdiri daripada pelajar2 darjah 5 dan 6..program ini merupakan anjuran PERMATA. teringat kembali zaman sekolah dulu ketika melihat gelak ketawa adik2 di sekolah sultan sulaiman 2 kuala terengganu..dunia mereka penuh dengan keceriaan dengan kawan..masih kecik..tidak ada masalah yang perlu difikirkan..sungguh perjalanan hidup mereka masih jauh..apakah yang terjadi pada mereka nanti..bagaimanakah mereka pabila besar nanti..semua itu sedikit sebanyak bermain difikiran..

program ini menekankan tentang kepentingan menggunakan english dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti planet animal dan word chain..seronok juga melihat adik2 ni bermain..terasa macam kembali kepada zaman sekolah dulu...sungguh ceria dan menyeronokkan.

walaupun aktiviti yang dilaksanakan tidaklah begitu menggunakan tenaga, tapi amatlah penat melayan karena adik2 ini..walaubagaimanpun, ianya amat mengembirakan..dan terasa dalam ini dapat berbakti kepada masyarakat..daripada menghabiskan masa di depan fb..sekali sekala menjenguk pewaris bangsa seterusnya sedang belajar erti hidup..dan ianya amat bermakna..:)

Berbakti kepada masyarakat
12.55am

No comments: