OX PRODUCTION

Wednesday, May 9, 2012

INI KITA



Jiwa remaja itu jiwa memberontak.. Mereka rasakan diri mereka dikongkong.. Dikongkong dengan ibu bapa.. Dengan peraturan...lalu mereka keluar mencari ketenangan.. Mereka cuba mencari apa yang dikatakan sebagai kebebasan..pencarian mereka itu mungkin dengan jalan yang betul.. Mungkin juga dengan jalan sebaliknya..namun kelihatan ramai yang memilih jalan yang salah
Mereka berasa marah apabila apa yang diingini tidak tercapai.. Mungkin itu disebabkan diri.. Mungkin juga kerana orang lain.. Sungguh sedia apabila janji yang diucapkan hanya tinggal janji.. Tidak pernah ditepati..sungguh siapa yang berada di tempat itu berasa teranaya.. Dan si pembuat itu adalah orang2 yang zalim dan bodoh. Kecewa apabila sesuatu yang berlaku tanpa dipinta.. Tiada apa yang dapat membantu.. Hanya sabar yang terkubu.. Memberi semangat untuk terus berlalu.. Harap dihati esoknya lebih baik dari selalu..
Mereka masih mencari apa yang dikatakan zaman kegemilangan dulu.. Masih tefikir masih membuntu..tidak ada yang dapat membantu.. Hari2 terus pergi berlalu



Sungguh tidak matang mereka dalam percakapan mahupun perbuatan..Perbuatan mereka sentiasa berubah-ubah.. Tidak ada yang pernah tetap.. Mereka ini kebanyakannya selalu menyalahkan seseorang apabila terjadinya sesuatu perkara, manja dan kurang segalanya.. Tidak layak dengan apa yang dikatakan sebagai pelengkap kepada kelemahan

Banyak yang mereka ingin ceritakan.. Tapi mereka takot.. Mereka tidak tahu kepada siapa yang mereka patut ceritakan..sungguh mereka mengharapkan kepada satu penyelesaian.. Apa yang mereka mahu hanyalah sesuatu yang mengembirakan dan membahagiakan.. Tiada yang lain..dan lepaskan ia untuk kamu menjadi lebih baik dari sebelum itu..dan pilihan itu adalah terbaik.. Dan masa yang akan menyembuhkan..

Mereka terus tertanya-tanya.. Adakah tindakan mereka itu betul.. Adakah apa yang mereka lakukan nanti akan dapat mengembirakan semua orang...Mereka rasakan diri ini tiada sapa2.. Tiada kawan.. Rasa tidak dihargai..rasa setiap tindakan itu tidak prnh betol..dan mereka tercari2 jawapan kpda semua itu..

Salam ketenangan,
11.45pm


No comments: