OX PRODUCTION

Tuesday, December 28, 2010


Jangan kamu kesali apa yang telah berlaku kerna itu adalah jalan yang kamu telah pilih...mungkin kamu tidak sedar apa yang kamu buat..barangkali mungkin perbuatan kamu itu akan memakan diri sendiri atau sebaliknya...mengapa kamu campur adukkan soal peribadi dan jga pelajaran..sedangkan kamu tahu..itu satu perbuatan yang salah..dan jangan kamu sesekali kesali dan jangan pula kamu menuduh orang lain dengan apa yang kamu telah buat..dan sesungguhnya masih belum terlambat untuk kamu berubah..

Moscow
3.30am

Monday, December 27, 2010

...

Dan pabila kejujuran itu disulami dengan keikhlasan..maka hilanglah resah dihati..curiga dihati..hidup ceria kekal abadi..

Moscow 4.15am

Sunday, December 26, 2010

Kamu yang terbaik part 2



Setiap orang ada hak untuk berubah..hanya bergantung atas dirinya sahaja sama ada untuk berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya..kadang-kadang kita menganggap perkara ini sangat remeh..hakikatnya ia amat membantu dalam memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik..boleh dikatakan setiap hari akan timbul pelbagai masalah dalam kehidupan seharian kita, tidak kiralah sama ada masalah itu besar ataupun kecil, sama ada masalah pelajaran mahupun di tempat kerja..jika dilihat kembali semua masalah tersebut, ada sesuatu yang dapat dipelajari..mereka mengajar kita untuk melihat kembali masalah itu, dan berfikir..berfikir untuk mencari jalan penyelesaian dimana pada akhirnya ia akan memberi pengalaman..pengalaman yang sangat berharga dan mungkin tidak semua orang pernah melaluinya..dan dengan pengalaman itu jugalah kita dapat membantu orang lain dimana mereka mungkin mengalami masalah yang sama seperti kita dahulu..dan disitu jugalah merupakan satu permulaan kepada sebuah perhubungan baru..sungguhpun..telah banyak pengalaman yang aku alami..yang banyak membantu aku untuk berfikir lebih matang..membantu orang lain yang mungkin mengalami masalah sama seperti aku dahulu..sudah dua tahun aku berada di bumi Moscow, satu negara yang cukup berbeza dari segi bahasa dan budayanya jika hendak dibandingkan dengan Malaysia..(bersambung)

Friday, December 24, 2010

Kamu yang terbaik

Kita dilahirkan dalam sebuah negara yang amat menghormati adat...adat itu mengatur kehidupan seharian kita dengan lebih teratur..Bahasa, peribahasa, perumpamaan..mereka penuh dengan makna yang tersirat dimana sungguh indah kalau dapat diolah..melihatkan warga seumur denganku yang kini amat jauh dari perkara itu adalah amat menyedihkan. Sesungguhnya mereka telah lari jauh dari asal usul mereka..Marah, memberontak..seakan -akan telah sebati dalam diri mereka..apa yang mereka mahu, setiap kemahuan mereka mestilah dipatuhi..bahasa yang mereka tuturkan tidak lagi mengambarkan siap diri mereka yang sebenarnya..tutur kata yang melambangkan tingkah laku mereka, keperibadian mereka, kini tidak lagi diendahkan..kadangkala mereka menganggap perkara ini sebagai satu perkara yang ketinggalan zaman, tidak mengikut zaman..sungguh malang..hakikatnya..perkara inilah yang telah dilalui oleh orang lain dan ianya diolah dalam bentuk ayat..dengan harapan orang lain tidak lagi mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan dulu..sesungguhnya mereka sangat berharap agar kamu menjadi lebih baik dari mereka dan sebelumnya..dan kamu adalah yang terbaik..:)

Tuesday, December 21, 2010

Hurmm...

Bila fikiran ini bebas dari memikirkan tentang peljaran...mulalah aku duk fikir hal lein..tentang masa dpan la..hurm..mcm2 lg..kadang2 bhye jugk duk relax2 ni..x thu la nk ckp ape..

Monday, December 20, 2010

L . B . M

MEREKA SERING BERMAIN DENGAN CINTA..HINGGA SATU MASA MEREKA TIDAK TAHU YANG MANA SATU ITU CINTA SEBENAR..MEREKA DALAM KETAKUTAN, TAKUT UNTUK MENYATAKAN PERASAAN MEREKA..KADANG2 JIWA INI TERSEKSA MEMIKIRKAN KENANGAN DULU..PERGI MENINGGALKAN DAKU YANG TIDAK TAHU ENTAH BILA AKAN KEMBALI...DENGNA HARAPAN SEMUANYA BAIK2 BELAKA...

MOSCOW
20/12/2010
2.30AM