OX PRODUCTION

Monday, March 12, 2012

CINTA


Dalam usia sebegini, cinta, jodoh, kawin bukan lagi menjadi bahan jenaka.. Masing- masing sudah menampakkan kesungguhan dalam membina sebuah kehidupan yang sempurna dengan orang yang tersayang..boleh dikatakan hampir setiap orang pernah merasai bagaimana indahnya dilamun cinta, tidak kurang juga dengan derita perpisahan.. Dengan pengalaman yang ada mereka terus meniti kehidupan dalam mencari cinta sebenar.. Mereka tidak dapat menafikan, semakin mereka cuba menjauhi cinta, semakin dekat cinta itu mengejar mereka..
Keadaan sekarang sungguh jauh berbeza, cara2 betul yang diajar oleh agama sudah semakin diabaikan..kini dengan hanya sekeping gambar sahaja mereka boleh menganggap itulah cinta sejati mereka, kononnya tidak boleh hidup tanpa dia.. Sungguh kematangan itu akan mengajar kamu dalam menghasilkan sesuatu yang baik.. Kembalilah kepada yang Satu, sesungguhnya tidak akan ada sedikit kerugian bagi kamu yang sedang mencari sesuatu yang bernama CINTA

Salam kasih,
3:15am

No comments: